COVID-19: Malaysia Rekod 16 Kes Baharu, Tiada Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Malaysia melaporkan 16 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif terkini kes positif sebanyak 8,572 pesakit, manakala kematian kekal pada 121 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu merangkumi 13 penularan tempatan dan tiga kes import yang melibatkan dua warga Malaysia dan seorang pemastautin tetap. […]

» Read more

Masyarakat Kini Bebas Tapi Mesti Tingkat Kawalan Kendiri

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang memasuki hari ke-12, menyaksikan lebih banyak ‘kebebasan’ dinikmati namun disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat perlu terus dipertingkatkan. Walaupun kini masyarakat sudah boleh ‘ke sana dan ke sini’ namun perlu beringat penguatkuasaan terhadap SOP masih dikuatkuasakan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dilupakan sehingga melanggar […]

» Read more

Lima Program Besar Bantu Atasi Masalah Miskin Bandar, Hilang Kerja

KUANTAN, 20 Jun – Kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan akan melaksanakan lima program berskala besar bagi membantu menyelesaikan masalah miskin bandar dan kehilangan kerja, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pengumuman program itu dijadualkan dibuat secara berperingkat mulai minggu hadapan menunjukkan kerajaan mendengar dan prihatin kepada permasalahan rakyat khususnya golongan miskin bandar. Selain itu, Annuar berkata beliau juga […]

» Read more

Pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik Bukti Komitmen Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik hari ini membuktikan komitmen Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terus membantu rakyat dalam apa jua keadaan dan tetap komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Sehubungan itu, beliau yang juga  EXCO kerajaan Negeri Kedah bagi Tenaga , Bekalan Air  & JKR merakamkan […]

» Read more

Mohd Sharim Tekad Pegang Amanah, Teruskan Perjuangan Mentor

PEKAN, 20 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain tekad memberi khidmat yang terbaik di kawasan tersebut selain meneruskan legasi perjuangan mentornya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun. Bersyukur atas kelancaran proses penamaan calon, Mohd Sharim berkata kepercayaan yang diberikan oleh parti merupakan satu amanah kepadanya. “Alhamdulillah dan hari ini […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik: Terima Kasih Dengar Rintihan, Suara Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman kerajaan berkaitan bil TNB hari ini. Terdahulu, TNB melalui Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. “Terima kasih kerana mendengar rintihan dan suara rakyat,” kata Ahmad Zahid […]

» Read more

Terima Kasih Kerajaan Bantu Tangani Isu Lonjakan Bil Elektrik, Dengar Suara Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berikutan pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik tambahan hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan mendengar keluh kesah dan suara hati rakyat yang merasai keperitan dan kesusahan kerana […]

» Read more

Sharim Mahu Bawa Lebih Banyak Pembangunan Ke Chini

PEKAN, 20 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain berazam membawa lebih banyak pembangunan bagi menjadikan kawasan DUN itu, yang sebahagian besarnya kawasan Felda, setanding dengan tanah rancangan Felda lain di negara ini. Mohd Sharim, 41, berkata sebagai generasi kedua Felda Chini 3, beliau berpandangan masih ada […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik Diharap Beri Kelegaan, Terima Kasih Pada Semua Pihak – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid amat berharap tambahan peruntukan sebanyak RM942 juta dalam Bantuan Prihatin Elektrik memberi kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan polemik ini. Katanya, pengumuman sebentar tadi juga membuktikan komitmen di TNB untuk terus membantu rakyat dalam apa jua keadaan dan tetap komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik: Empat Juta Pengguna Domestik Dapat Bekalan Percuma Tiga Bulan

PUTRAJAYA, 20 Jun – Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan […]

» Read more
1 1,476 1,477 1,478 1,479 1,480 1,931