Masih Ramai Tidak Mengamalkan Penjarakan Fizikal – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Tidak mengamalkan penjarakan fizikal antara kesalahan yang masih banyak dilakukan orang ramai walaupun ia antara prosedur operasi standard diwajibkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPP, seramai 26 individu ditahan atas […]

» Read more

Kerajaan Kenal Pasti Negara Yang Mahu Terima Pelarian – Mastura

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Kerajaan, menerusi Kementerian Luar, sedang mengenal pasti negara lain yang mahu menerima pelarian, terutamanya masyarakat Rohingya, yang tinggal di dalam negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid. Bagaimanapun, beliau berkata dasar kemanusiaan harus sentiasa diambil kira walaupun Malaysia bukan ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa […]

» Read more

Lebih Dua Juta Peminjam Telah Dihubungi Bank Bagi Bantuan Pembayaran Balik

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Lebih dua juta peminjam telah dihubungi bank untuk ditawarkan bantuan pembayaran balik setakat 28 Ogos 2020, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata daripada jumlah itu, institusi perbankan telah berbincang dengan 1.1 juta peminjam yang telah memberi maklum balas dan hampir 300,000 peminjam telah mengesahkan yang mereka betul-betul memerlukan bantuan pembayaran balik, […]

» Read more

Pencemaran Air: Kenyataan MB Selangor Tiada Tindakan Diambil Adalah Tidak Benar – Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Kenyataan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tiada tindakan diambil Jabatan Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai siasat kes pencemaran air pada April lepas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun. Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata sehingga kini Jabatan […]

» Read more

MCA Sebahagian Daripada Komponen BN, Tegas Wee

SEPANG, 7 Sept – MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. “Dalam konteks BN ia mengandungi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBS)… itu sahaja. “Jadi, kita sebahagian daripada kerajaan memerintah iaitu Perikatan Nasional,” katanya ketika ditanya adakah MCA salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan […]

» Read more

Peguam Berhujah Mahkamah Perlu Putuskan Kesahihan Pembubaran DUN Sabah

PUTRAJAYA, 7 Sept – Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai adalah isu perlembagaan yang penting dan perlu diputuskan oleh mahkamah. Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim telah terkhilaf di sisi undang-undang apabila menafikan permohonan 33 […]

» Read more

Pencemaran Sungai: Agong Zahir Dukacita, Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Seri Paduka yang menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian berkenaan, bertitah agar pihak disyaki terlibat menyebabkan pencemaran dibawa ke muka pengadilan […]

» Read more

Pendengaran Hujahan Rayuan Pembubaran DUN Sabah Bersambung Esok

PUTRAJAYA, 7 Sept – Pendengaran hujahan mengenai rayuan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Mahkamah Rayuan di sini bersambung esok pada 12 tengah hari. Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli DUN merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Tun […]

» Read more

Langgar PKPP: Aktiviti Pub, Kelab Malam Kesalahan Tertinggi Dicatatkan Semalam

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam antara kesalahan tertinggi direkodkan semalam melibatkan 580 individu disusuli kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal 118 individu. Kesalahan lain yang turut dilakukan termasuk tidak memakai pelitup muka (52), premis beroperasi lebih masa (52), pendatang tanpa izin (39), gagal menyediakan peralatan atau […]

» Read more

Taman Rukun Negara Akan Diwujudkan Di Labuan – Annuar

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Rukun Negara di Labuan dalam masa terdekat bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara sekali gus menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Labuan dipilih sebagai lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dua negeri iaitu Sabah dan […]

» Read more
1 1,442 1,443 1,444 1,445 1,446 1,952