Lebih 2.8 Juta Remaja Di Malaysia Lengkap Vaksinasi

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Sebanyak 15,711,005 individu dewasa atau 66.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,227,197 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, […]

» Read more

Malaysia-Qatar Perlu Tingkat Prestasi Perdagangan, Pelaburan Dua Hala – PM

DOHA, 30 Mac – Malaysia dan Qatar sama-sama mempunyai peluang dan perlu meningkatkan lagi prestasi perdagangan dan pelaburan dua hala. Ketika menyuarakan keyakinan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat peningkatan signifikan dalam nilai dagangan Malaysia dan Qatar walaupun dunia masih bergelut dengan ancaman pandemik COVID-19. Menurutnya, nilai dagangan tersebut bagi tempoh dua bulan pertama […]

» Read more

Johor Kenal Pasti Tanah Kerajaan Untuk Rumah Mampu Milik

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Kerajaan Johor sedang mengenal pasti tanah kerajaan di negeri ini yang bersesuaian untuk dibangunkan bagi tujuan perumahan mampu milik. Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana beliau mendapati masih ramai rakyat Johor mengadu kepadanya mengenai isu tanah yang dihadapi mereka. “Insya-Allah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Datuk Ashaari Kasnan dan para […]

» Read more

Vaksinasi COVID-19: Asean Berada Di Landasan Yang Betul – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mac – ASEAN berada di landasan yang betul dalam menangani pandemik COVID-19 walaupun berdepan masalah kekurangan vaksin, logistik dan keengganan orang ramai untuk divaksin, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Setakat ini, beliau berkata hampir 90 peratus daripada populasi berisiko tinggi di rantau ini telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan sekurang-kurangnya satu dos, manakala […]

» Read more

PKS Terjejas Banjir Digesa Manfaatkan SMEEF 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir digesa memanfaatkan Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu merancakkan semula perniagaan mereka. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata SMEEF 2.0 memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun dan diberikan moratorium setahun membabitkan peruntukan […]

» Read more

Permohonan I-Push Bermula 1 April

KUANTAN, 29 Mac – Permohonan bagi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) dengan peruntukan sebanyak RM20 juta akan dibuka dalam tempoh sebulan bermula Jumaat ini (1 April), kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata pinjaman tanpa faedah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,500 usahawan yang terjejas akibat wabak COVID-19. “Menerusi I-PUSH, pinjaman tanpa […]

» Read more

Konflik Ukraine-Rusia: Malaysia Gesa Semua Pihak Segera Reda Permusuhan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Malaysia mengulangi kebimbangan terhadap konflik Ukraine-Rusia dan menggesa sekeras-kerasnya semua pihak yang terlibat supaya segera meredakan permusuhan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Putrajaya 2022, beliau berkata Malaysia juga akan terus menyokong segala usaha demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa. “Kami juga menggesa Majlis […]

» Read more

Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Menerusi Portal Bermula 1 April

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini. KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April ini, manakala pembayaran akan dibuat […]

» Read more

Perak Tidak Mahu Rakyat Menderita Kekurangan Bekalan Air – MB

IPOH, 29 Mac – Kerajaan Negeri Perak tidak mahu rakyat di negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah pada masa akan datang sekiranya menyalurkan bekalan berkenaan kepada Pulau Pinang. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini dapat dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh rakyat Pulang Pinang apabila bekalan air sentiasa tidak mencukupi sehingga menjejaskan kehidupan seharian. […]

» Read more

Lawatan Ismail Sabri Ke UAE Akan Berikan Jenama Yang Baik Buat Malaysia

DUBAI, 29 Mac- Memberikan jenama yang lebih baik kepada Malaysia merupakan antara perancangan sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini hingga 31 Mac. Lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke UAE itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas, juga diharapkan dapat mempertingkatkan […]

» Read more
1 … 1,436 1,437 1,438 1,439 1,440 … 2,363