Banci Asas Penting Kepada Perancangan Pembangunan Negara – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 7 Julai – Banci Penduduk dan Perumahan yang dilaksanakan setiap 10 tahun memberi gambaran sebenar mengenai situasi kependudukan semasa Malaysia bagi menjadi sumber rujukan dan asas penting kepada perancangan pembangunan negara. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) di sini hari ini, berkata melalui aktiviti itu, saiz, taburan, komposisi dan ciri […]

» Baca lanjut

Kesopanan Dan Kesusilaan Demi Kesejahteraan Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Meletakkan nilai yang baik pada tingkah laku, beradab sopan dan mengikut peraturan menjadi amalan yang sentiasa dituntut mengikut falsafah Rukun Negara. Apabila ada tindakan individu atau kumpulan yang melampaui batas, kurang ajar dan tidak sopan terutama melibatkan isu sensitif, pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati hingga ada yang mempersoalkan ke mana hilangnya adab masyarakat […]

» Baca lanjut

Polis Mula Siasatan Terhadap Laporan Al Jazeera

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Polis memulakan siasatan berhubung laporan agensi berita antarabangsa Al Jezeera yang didakwa berniat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Jabatan Imigresen di Balai […]

» Baca lanjut

Kerajaan Negeri Akan Mohon Peruntukan RM1 Bilion Bagi Jana Ekonomi Johor

ISKANDAR PUTERI, 6 Julai – Kerajaan negeri akan memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk menjana semula ekonomi negeri selepas terjejas akibat pandemik COVID-19. Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata peruntukan tersebut dilihat penting terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Johor yang terlibat dalam sektor pembuatan, kini dilihat antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Johor. “Ahli […]

» Baca lanjut

Ismail Sabri Tuntut Al Jazeera Mohon Maaf

PUTRAJAYA, 6 Julai – Agensi berita antarabangsa Al Jazeera hari ini dituntut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar melalui satu dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Menyifatkan dokumentari itu sebagai mengelirukan, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata wartawan […]

» Baca lanjut

K’jaan Berusaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Terkandas – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 6 Julai – Kerajaan sedang berusaha untuk memudah cara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Kementerian Luar telah mengenal pasti 10,484 rakyat Malaysia yang terkandas serta berpotensi untuk terkandas di luar negara. “Maksud berpotensi terkandas adalah seperti pelajar tahun akhir yang akan habiskan pengajian tidak […]

» Baca lanjut

Laporan Tidak Benar, Al Jazeera Media Berat Sebelah – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata laporan media antarabangsa Al Jazeera yang kononnya Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu pendatangan asing tanpa izin (PATI) ketika wabak COVID-19 adalah tidak benar. Katanya, Al Jazeera adalah berat sebelah dan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat untuk memburukkan kepimpinan kerajaan pada hari ini. “Fitnah […]

» Baca lanjut

Pastikan Ekonomi Negara Berada Di Landasan Betul Jadi Keutamaan Kerajaan – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 6 Julai – Memastikan ekonomi negara berada di landasan yang betul melalui pelaksanaan pakej rangsangan dan bantuan merupakan keutamaan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata antara langkah yang diperkenalkan kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara adalah pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion. Bantuan yang diberikan […]

» Baca lanjut

Dasar Wanita Negara: Ayuh Sama-Sama Berganding Bahu Untuk Pembangunan Negara – Norshida

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim hari ini mengajak wanita seluruh negara untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan Dasar Wanita Negara dapat membela semua golongan Wanita di Malaysia dan melihat dasar berkenaan merupakan dasar komprehensif pembangunan sosio-ekonomi yang merangkumi falsafah, inspirasi dan aspirasi wanita daripada pelbagai peringkat, umur, lapisan masyarakat dan semua sektor. Menurut beliau […]

» Baca lanjut

Malaysia Diiktiraf Berjaya Urus, Kawal Wabak COVID-19 – PM

PUTRAJAYA, 6 Julai – Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat. “Kita bersyukur […]

» Baca lanjut
1 1,405 1,406 1,407 1,408 1,409 1,873