Kem PLKN Sri Ledang Akan Dijadikan PKRC Kedua Di Johor

JOHOR BAHRU, 31 Jan – Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang dekat Tangkak akan dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kedua di negeri ini, selepas PKRC di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang mula beroperasi hari ini. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ini sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif […]

» Read more

Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi SOP – Agong

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam keadaan negara kritikal menghadapi pandemik COVID-19. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat supaya terus bertenang, tabah dan […]

» Read more

Sultan Selangor Mahu Bangunan Bersejarah Berkaitan Selangor Di Kuala Lumpur Dipulihara

SHAH ALAM, 31 Jan – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan negeri itu, khususnya di Kuala Lumpur, diperhebat. Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin bimbang jika bangunan dan monumen tersebut tidak dipulihara secepat mungkin serta terbiar, tinggalan sejarah itu akan […]

» Read more

KL ‘Hijau’ Imbang Hutan Konkrit

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Lebih banyak kawasan rekreasi dan taman awam sekitar ibu negara akan diwujudkan dalam usaha ‘menghijaukan’ bandar raya konkrit ini yang kini didiami seramai 1.9 juta penduduk. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ini antara aspirasi utama pihaknya dalam menjamin kualiti hidup lebih baik dan selesa buat warga kota, selain pembangunan seimbang dengan kelestarian […]

» Read more

Lebih 4,000 Pekerja Warga Asing Positif COVID-19 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Seramai 251,101 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 sejak 1 Dis lalu hingga semalam dengan 4,735 orang didapati positif jangkitan virus itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebanyak 10,500 majikan telah menghantar pekerja mereka menjalani ujian itu yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas pekerja asing. “Semalam, […]

» Read more

Pejabat MB Johor Ditutup Tiga Hari Mulai Esok Bagi Proses Sanitasi

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini, akan ditutup sementara mulai esok, hingga 2 Feb untuk membolehkan kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19. Pejabat Menteri Besar Johor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, berikutan itu semua temu janji akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan manakala orang ramai […]

» Read more

COVID-19: Ingkar SOP Punca Kes Meningkat – Azlan Man

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Peningkatan kes positif COVID-19 berpunca daripada sikap individu tidak bertangggungjawab yang ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata dengan peningkatan kes tersebut tidak mustahil kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang pernah dikuatkuasakan sebelum ini. “Kelmarin, Jumaat, 29 Januari 2021, saya […]

» Read more

Puteri UMNO Suarakan Rintihan Rakyat… Sakitnya Untuk Menyara Hidup Sekarang

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan memaklumkan bahawa beliau banyak menerima keluhan rakyat yang kebanyakannya berdepan masalah kekurangan sumber pendapatan sedangkan harga barangan harian pula makin melambung. Ujarnya, sekarang rakyat berdepan pelbagai musibah dan ditambah pula dengan kenaikan barangan harian yang melambung. “Ini termasuk harga ikan, sayur dan yang paling ketara harga minyak […]

» Read more

MKN Tidak Keluar Arahan Wajibkan Penyewa Kondominum Lakukan Ujian Calitan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak pernah mengeluarkan polisi atau arahan yang mewajibkan penyewa termasuk penyewa warga asing atau pelawat melakukan ujian saringan COVID-19 untuk memasuki apartment, kondominium atau kawasan perumahan tertutup. Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi tersebut tidak menghalang pihak pengurusan kondominium atau kawasan perumahan berbuat demikian bagi […]

» Read more

Sistem E-Tanah Dilaksana Di Perak Bermula 11 Feb Ini

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Sistem e-Tanah, iaitu aplikasi bersepadu yang dibangunkan untuk menjalankan urusan pentadbiran tanah secara elektronik, akan dilaksanakan di Perak bermula 11 Feb ini selepas kejayaan pelaksanaan projek pertama di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur pada 2017. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelaksanaan sistem itu adalah bertepatan dengan keperluan […]

» Read more
1 1,332 1,333 1,334 1,335 1,336 1,937