605 Lokasi Bakal Dijadikan Pusat Pemberian Vaksin

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 605 lokasi untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membolehkan program vaksinasi itu dilaksanakan, yang dijangka bermula akhir bulan ini. Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini, PPV sementara seperti stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai, universiti serta […]

» Read more

PKP Dilanjut Di KL Dan Tiga Negeri, Negeri Lain Kecuali Perlis Dikuatkuasa PKPB

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP […]

» Read more

Vaksin COVID-19 Selamat, Tidak Mengandungi Mikrocip – Dr Rohaizat

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon menegaskan bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia. Menjawab persoalan berhubung teori konspirasi yang mendakwa vaksin berkenaan mengandungi mikrocip, Dr Rohaizat berkata kaedah Messenger RNA (mRNA) yang digunakan dalam penghasilan vaksin telah terbukti selamat dan berkesan. “mRNA adalah […]

» Read more

312,390 Dos Vaksin COVID-19 Akan Tiba Dalam Penghantaran Pertama – Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 akan diterima dalam penghantaran pertama ke Malaysia, pada 21 Feb depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata vaksin berkenaan akan diterbangkan dengan penerbangan MASKargo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia akan diasingkan sebelum dihantar ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin di seluruh negara. “Seperti diumumkan […]

» Read more

Ahli Parlimen, ADUN Terima Vaksin COVID-19 Fasa Pertama

PUTRAJAYA, 16 Feb – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi. “Oleh sebab […]

» Read more

Pertikai Pelantikan Jamil Khir Pengerusi Perhebat : Rakyat Tidak Lupa Tohmahan PH – Pemuda UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Pemuda UMNO Kedah melihat kenyataan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perlantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) melibatkan tuduhan lapuk yang diulang siar tanpa sebarang bukti yang kukuh. Ketuanya Mohamad Fadzil Zolkipli berkata rakyat sudah muak malah mungkin tidak lupa dengan pelbagai tuduhan, pembohongan dan […]

» Read more

Saksikan Shahril Hamdan Dalam Wacana Sinar Malam Ini: ‘Tanpa PN, UMNO Sebatang Kara?’

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata UMNO sebagai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bertumpu kepada isu rakyat dan sentiasa membangkitkan isu-isu penting yang berkenaan dengan rakyat. Katanya dalam satu hantaran di Facebook, UMNO pada ketika itu boleh disifatkan sebagai ‘a ‘credible and strong’ opposition’ (pembangkang yang berkredibiliti dan kuat), dan sampai hari […]

» Read more

Perkasakan BN, Kukuhkan Kerjasama Dengan Pihak Yang Ikhlas Jadi Hala Tuju – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Feb – “Ada yang resah dan bertanya UMNO seolah-olah tiada hala tuju. Apa yang Presiden UMNO lakukan? Ke mana UMNO mahu dikemudi? Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau memahami keresahan yang timbul itu. “Justeru hari ini saya beri jaminan bahawa UMNO ada hala tuju yang jelas. Hala tuju UMNO paling utama ketika ini […]

» Read more

KPT Kerjasama Dengan MCMC Beri Kesedaran Berkaitan Isu Sosial, Siber

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung isu sosial dan keselamatan siber. Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata langkah itu perlu supaya tindakan berkaitan dapat diambil bagi menangani isu pelajar IPT yang didakwa menggunakan aplikasi tidak […]

» Read more

PKPD Di Penjara Tapah Dan Kuarters Kakitangan Bermula Esok Hingga 1 Mac – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan akan dilaksanakan bermula esok hingga 1 Mac depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelaksanaan PKPD di kawasan itu bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang […]

» Read more
1 1,321 1,322 1,323 1,324 1,325 1,936