Saksikan Shahril Hamdan Dalam Wacana Sinar Malam Ini: ‘Tanpa PN, UMNO Sebatang Kara?’

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata UMNO sebagai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bertumpu kepada isu rakyat dan sentiasa membangkitkan isu-isu penting yang berkenaan dengan rakyat.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, UMNO pada ketika itu boleh disifatkan sebagai ‘a ‘credible and strong’ opposition’ (pembangkang yang berkredibiliti dan kuat), dan sampai hari ini, UMNO masih memiliki kekuatan sebagai parti terbesar tanah air.

Tambahnya juga, situasi terkini politik tanah air dan hubungan antara UMNO dan Bersatu sudah tentunya menjadi perbualan hangat di kalangan ahli politik seluruh negara.

Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengajak warga maya menyaksikan Wacana Sinar bertajuk ‘Tanpa PN, UMNO Sebatang Kara?’ bersama Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dan Penganalisis Politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian secara langsung melalui Facebook Sinar Harian pada jam 8.30 malam ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.