Ismail Sabri Terima Suntikan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar 9.09 pagi melalui lima stesen untuk […]

» Read more

Menteri Kesihatan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Bersama Petugas Barisan Hadapan KKM

PUTRAJAYA, 25 Feb – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah. Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah […]

» Read more

Lagi Negeri Di Semenanjung Mula Terima Bekalan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Beberapa negeri lagi di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pada hari kedua Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini. Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis telah menerima bekalan vaksin tersebut semalam. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima suntikan vaksin COVID-19, menandakan bermulanya […]

» Read more

PTPN Dirangka Untuk Lengkapkan Dasar Perpaduan Negara – Halimah

PUTRAJAYA, 25 Feb – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 bagi melengkapkan Dasar Perpaduan Negara, yang telah dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Feb lepas. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata PTPN itu menggariskan program-program yang akan dilaksanakan secara inklusif dan komprehensif berdasarkan strategi yang ditetapkan dalam dokumen Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan […]

» Read more

Skuad Sabil Dan Pemuda UMNO Konsisten Bantu Rakyat – Fazly Zainudin

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Sukarelawan Skuad Sabil dan Pemuda UMNO telah banyak menjalankan khidmat bakti dan tugas-tugas kebajikan bagi membantu masyarakat setempat. Menurut Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia, Datuk Mohamad Fazly Zainudin, sebanyak 191 Pemuda UMNO bahagian seluruh Malaysia telah membantu rakyat serta ‘menjuarai jiwa’ dan ‘hati rakyat’ di kala negara sedang dilanda pandemik COVID-19. Katanya, walaupun sukarelawan skuad Sabil […]

» Read more

Jangan Terperangkap Mainan Pihak Tertentu Yang Tidak Mahu UMNO ‘Berlari’ – Sharkar

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli parti dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat diingatkan agar tidak mudah terjebak malah jauh sama sekali mudah terperangkap dengan mainan pihak-pihak tertentu yang terus menerus cuba untuk melemahkan UMNO. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata dalam keadaan hari ini tentunya ada pihak-pihak tertentu yang iri hati dan sekaligus tidak […]

» Read more

Program Imunisasi COVID-19 Mungkin Selesai Sebelum Akhir Tahun Ini – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini meskipun sasaran sebenar program itu tamat ialah pada Februari 2022. Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin berkata keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual. Beliau berkata selain itu, pada fasa ketiga, Pusat Vaksinasi Mega […]

» Read more

Tarik Balik, Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah bagi […]

» Read more

MKN, KPM Bincang Esok Kelonggaran Rentas Daerah, Negeri Hantar Anak Ke Sekolah

KUALA LUMPUR 23 Feb – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan perbincangan esok mengenai kelonggaran kepada ibu bapa merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan perbincangan itu akan diumumkan Khamis ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac. “Jika pekerja […]

» Read more

Mereka Yang Dikompaun RM1,000 Kerana Kekeliruan Polis Boleh Buat Rayuan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Mereka yang dikompaun RM1,000 ketika sekatan jalan raya ekoran kekeliruan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mengemukakan rayuan untuk jumlah kompaun dikurangkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuklah kekeliruan terhadap larangan rentas daerah di negeri-negeri di bawah PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]

» Read more
1 1,316 1,317 1,318 1,319 1,320 1,936