Menteri Kesihatan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Bersama Petugas Barisan Hadapan KKM

PUTRAJAYA, 25 Feb – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 pada jam 12.45 tengahari tadi di Pusat Pemberian Vaksin, PPV di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah.

Turut menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah tiga orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Encik Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu, Encik Farid Md Ithnin yang bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya dan Yusniza M Yusof yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya.

Dilaporkan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.