Setahun Naib Presiden UMNO Dalam Kerajaan, Keselamatan Dan Kedaulatan Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Tahap keselamatan dan kedaulatan negara mesti sentiasa dalam keadaan yang terjamin. Demikianlah tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO ketika membicarakan berkenaan setahun pentadbiran beliau menjadi teraju di Kementerian Pertahanan. Katanya, pelbagai langkah dilakukan termasuk Ops Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara […]

» Baca lanjut

Pelantikan Ketua Kampung Secara Telus, Tak Main Politik – UMNO Johor

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pelantikan ketua kampung di seluruh Johor tidak berasaskan kepentingan politik tetapi mengambil kira kepentingan kesejahteraan rakyat. Bendahari UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata pelantikan tersebut dilakukan secara telus dan melalui proses permohonan terbuka serta borang yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri di semua Pejabat Daerah. “Kaedah pemilihan ketua kampung pada kali ini menunjukkan ketelusan kerajaan negeri […]

» Baca lanjut

Individu Potong Barisan Suntik Vaksin Boleh Didenda RM50,000, Penjara Enam Bulan

PUTRAJAYA, 4 Mac – Individu yang “memotong barisan” untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baharu di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 […]

» Baca lanjut

Parlimen Harus Bersidang, Jangan Mandulkan Amalan Demokrasi Berparlimen – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19. Jelas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dususki, keputusan ini bercanggah dengan titah Yang […]

» Baca lanjut

305 Ditahan Semalam Kerana Ingkar SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk melandaikan gelombang ketiga penularan COVID-19, masih ramai yang terus berdegil dan 305 individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seramai 296 individu dikompaun, lapan direman dan seorang lagi dijamin. “Gagal […]

» Baca lanjut

Perintah Pemakaian Peranti Pengesanan, Antara Peruntukan Baharu Ordinan Darurat

PUTRAJAYA, 3 Mac – Perintah pemakaian peranti pengesanan merupakan antara lima peruntukan baharu dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa pada 11 Mac ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata pemakaian peranti berteknologi tinggi berbentuk gelang itu yang bertujuan untuk mengawal pergerakan adalah diwajibkan bagi tiga kategori iaitu individu yang […]

» Baca lanjut

Hospital Swasta Digunakan Sebagai Pusat Vaksinasi – Khairy

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Hospital swasta seperti Hospital Pantai telah digunakan sebagai pusat vaksinasi bagi petugas kesihatan swasta untuk Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Khairy, yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata kerajaan akan memasukkan lebih banyak hospital swasta bagi Fasa 2 dan 3 seperti yang diumumkan sebelum ini. “Usaha […]

» Baca lanjut

Speaker DUN Sabah Sahkan Adun Sebatik Kekal Bebas, Tiada Kekosongan Kerusi

KOTA KINABALU, 3 Mac – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik Hassan A Gani Pg Amir kekal seorang ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kadzim berkata ini kerana surat letak jawatan ADUN Sebatik dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam tidak efektif kerana ditandatangani […]

» Baca lanjut

Sama-Sama Pelihara Dan Pulihara Hutan – Shamsul

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Masyarakat perlu sama-sama berganding bahu memelihara dan memulihara hutan yang semakin terancam ekosistemnya, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia hari ini, beliau berkata hutan bukan sahaja menjadi habitat utama flora dan fauna tetapi juga menyumbang kepada ekosistem seperti bekalan air bersih, habitat […]

» Baca lanjut

Setuju Cadangan Hospital Swasta Diberi Kebenaran Bekal Dan Beri Vaksin COVID-19 – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun bersetuju dengan cadangan hospital-hospital swasta di Malaysia diberi keizinan membeli sendiri bekalan vaksin COVID-19 dan memberikannya kepada masyarakat. Dr Masliha berharap kerajaan dapat menyegerakan perkara ini kerana mahu capaian yang meluas agar lebih ramai rakyat dapat dan boleh divaksinkan. “Memandangkan setiap rakyat perlu divaksinkan dua dos maka […]

» Baca lanjut
1 1,262 1,263 1,264 1,265 1,266 1,886