Golongan Berisiko Tidak Digalak Ke Stadium – Reezal Merican

PUTRAJAYA, 19 Mac – Golongan warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan menonton perlawanan bola sepak apabila kebenaran kehadiran penonton ke stadium bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) berkuat kuasa 1 April ini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ketika ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang memperhalusi mekanisme dan prosedur operasi […]

» Baca lanjut

Setahun PKP: Tak Mustahil, Kita Boleh Berjaya Sekali Lagi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Mac – “Tidak mustahil, kita boleh berjaya (melandaikan kes COVID-19) sekali lagi,” demikian ungkapan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena genap setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pertahanan turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi COVID-19, serta rakyat Malaysia yang […]

» Baca lanjut

Kerajaan Tambah Baik Aplikasi MySejahtera Bagi Pendaftaran Warga Emas – Khairy

REMBAU, 19 Mac – Kerajaan akan menambah baik aplikasi MySejahtera dengan memperkenal Pendaftaran Tanggungan esok, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam. Beliau berkata penambahbaikan itu adalah untuk memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas. “Pendaftaran (vaksin) fasa dua masih rendah, ia tertangguh sebentar kerana saya minta aplikasi ini betul-betul lancar. Pembangun aplikasi sudah beritahu saya ia […]

» Baca lanjut

Pembangunan Iskandar Puteri Diharap Dapat Dipacu – MB

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Kerajaan negeri berharap pelantikan Datuk Bandar Iskandar Puteri yang baharu akan dapat ‘menyuntik’ kembali pembangunan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu, dengan lebih pesat lagi selepas negara dilanda pandemik COVID-19. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ia antaranya melibatkan potensi pelancongan serta pelaburan khususnya di kawasan taman tema Legoland serta Medini, supaya pembangunan […]

» Baca lanjut

Dr Adham, Mohd Zuki Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 18 Mac – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech. Turut menerima suntikan dos kedua itu di Klinik Kesihatan Presint 18 di sini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah bersama tiga petugas barisan hadapan kementerian iaitu […]

» Baca lanjut

PAU 2020 Medan Terbaik Kita Bermuhasabah, Pegang Teguh Idealisme Perjuangan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Perhimpunan Agung UMNO kali ini dijadikan medan terbaik untuk semua pihak dalam parti bermunasabah dalam menentukan hala tuju perjuangan parti keramat ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perhimpunan agung merupakan alternatif terbaik kepada parti untuk menetapkan hala tuju dan objektif parti mendepani cabaran politik masa akan […]

» Baca lanjut

Banyak Sektor Dibuka… Rakyat Bertanya Kenapa Parlimen Tak Boleh? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semakin ramai rakyat bersuara mempersoal tindakan kerajaan yang telah membenarkan sektor-sektor tertentu dibuka seperti pendidikan dan ekonomi termasuk Bazar Ramadan, namun sebaliknya yang terjadi kepada persidangan Parlimen. Katanya, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih rasional kerana ramai pihak sudah mula menyuarakan pandangan mereka berkenaan situasi ini. “Suara […]

» Baca lanjut

PAU Di Bahagian Dijangka Lebih Meriah, Eratkan Perpaduan Akar Umbi – Azlan Man

ALOR SETAR, 18 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlan Man percaya semangat ahli parti untuk bersama di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini kekal utuh seperti sebelumnya. Katanya, ini kerana pada kali ini penganjurannya akan diadakan di kesemua UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara yang pastinya akan menyemarakkan perpaduan dalam kalangan ahli dan kecintaan kepada parti. […]

» Baca lanjut

BN Tubuh ‘Task Force’ Jadi Suara Semak Imbang Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu) bersetuju untuk BN menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat. Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, di sini, hari ini. Maklumnya, […]

» Baca lanjut

PKPD Dua Rumah Sewa Di Sarawak Dilanjut Hingga 25 Mac – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Ruma Sewa Baverly Hills di Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan hingga 25 Mac ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]

» Baca lanjut
1 1,251 1,252 1,253 1,254 1,255 1,886