PRK Pelangai: Amizar Pecut Gear Lima Terus Rayu Undi

BENTONG, 6 Okt – Pecutan akhir kempen calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam boleh dianggap memasuki ‘gear lima’. Krew UMNO-Online yang turut bersama beliau berkempen pagi tadi menyaksikan pelbagai tempat dan rumah penduduk di sekitar Chemomoi disantuni beliau dalam usaha merayu undi agar penduduk memilih BN esok. Pada sidang […]

» Read more

Jentera BN Diseru Lipat Ganda Usaha Pastikan Kemenangan Amizar – Ahmad Maslan

BENTONG, 6 Okt – Tidak sampai 24 jam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, jentera Barisan Nasional (BN) perlu terus melipatgandakan usaha dalam memikat hati pengundi di kawasan ini, seru Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelas beliau, jentera parti kini terus beri komitmen yang tinggi bagi memastikan kemenangan dan seterusnya mempertahankan […]

» Read more

PRK DUN Pelangai: PN Dan Fitnah Berpisah Tiada – Azman Azeez

BENTONG, 6 Okt – Kini berbaki kurang 24 jam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, pelbagai tohmahan, fitnah dan menimbulkan kegusaran kepada pengundi terus dilontarkan oleh Perikatan Nasional (PN) sepanjang kempen ini. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Azman Abdul Azeez menasihati pengundi-pengundi Pelangai terutamanya anak-anak muda agar jangan terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang pada saat-saat akhir berkempen. […]

» Read more

Kekalkan BN Di DUN Pelangai, Tiada Sebab Untuk Pilih PN – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Esok adalah hari pengundian bagi PRK DUN Pelangai dengan kuasa rakyat akan menentukan pemimpin atau wakil rakyat yang bakal membantu mereka. Sehubungan itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu para pengundi untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) dengan memilih calonnya, Datuk Amizar Abu Adam sebagai wakil rakyat. Katanya, ini adalah agar pelbagai perancangan […]

» Read more

Akmal Ikrar Beri Kerjasama Pada KPDN, Lawan Kartel Beras

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan bahawa beliau akan memberikan kerjasama sebaiknya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkenaan dakwaannya sebelum ini mengenai kewujudan kartel beras. Katanya, segala bukti-bukti ada pada dirinya dan ianya juga sebelum ini telah diserahkan kepada Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. “Terima kasih Datuk Armizan […]

» Read more

Tidak Pelik Pembangkang Kempen Berteraskan Manipulasi Di Pelangai… Di Johor Pun Sama – Pandak

BENTONG, 6 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata bukan perkara baharu kempen pihak lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menjadikan tohmahan dan manipulasi sebagai senjata. Menurutnya senario yang sama berlaku pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram baru-baru ini dan beliau percaya pengundi di Pelangai cukup bijak […]

» Read more

Pencapaian Negeri Tidak Berani Sentuh, Manipulasi Senjata Pembangkang Di Pelangai

BENTONG, 6 Okt – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal melihat baki sehari tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai masih memperlihatkan tindak-tanduk pembangkang yang sekadar mengelirukan pengundi. Tegas beliau tempoh berkempen juga memperlihatkan pembangkang tidak berani menyentuh soal pencapaian negeri Pahang sebaliknya hanya bermain persepsi dan fitnah semata-mata. “Pembangkang tidak berani sentuh soal pencapaian […]

» Read more

KPDN, MFA Disaran Perkenal Dasar Francais Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) disarankan bekerjasama untuk memperkenalkan Dasar Francais Negara, bagi memperkasakan industri francais. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar baharu itu, perlu diwujudkan agar memastikan matlamat negara untuk mencapai RM500 bilion perolehan bagi industri francais pada 2030, dapat […]

» Read more

Saya Akan Gunakan Sepenuhnya Baki Berkempen Jumpa Seramai Mungkin Pengundi – Amizar

BENTONG, 5 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bertekad untuk berjumpa seramai mungkin pengundi menjelang sehari tempoh berkempen yang akan tamat Jumaat malam. Menurut beliau baki tempoh berkempen itu akan digunakan sepenuhnya dalam usaha merayu agar pengundi di Pelangai memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mewakili masyarakat setempat […]

» Read more

BSN Sedia Buat Kajian Dan Perbincangan Lanjut Untuk Beroperasi Di Pelangai

BENTONG, 5 Okt – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuat kajian dan perbincangan lanjut berhubung keperluan membuka cawangan di kawasan Pelangai. Menurut beliau perkara berkenaan telah sampai ke pengetahuannya beberapa hari lalu dan mengambil tindakan selanjutnya dengan berhubung dengan pihak institusi kewangan itu. “Dua tiga hari lepas…telah sampai ke pengetahuan saya bahawa […]

» Read more
1 … 1,077 1,078 1,079 1,080 1,081 … 2,371