KPT Akan Memudahcara Urusan Pelajar UUM Kemalangan Di Caribbean

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memudah cara segala urusan Nur Nabilah Mohd Azahar yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacoa, Caribbean baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk usaha membawa pulang pelajar UUM itu dan tuntutan […]

» Read more

Mangsa Banjir, Rakyat Terjejas COVID Tetap Perlukan Tumpuan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pemuda UMNO menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakib berhubung pelbagai bantuan untuk sebilangan mangsa banjir di seluruh negara semalam, namun pada masa yang sama turut melihat cadangan pengeluaran i-Citra RM10,000 masih terus hangat diperkatakan oleh rakyat, Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata permintaan ini dari awalnya […]

» Read more

Banjir Di Segamat : Wanita Cawangan Bantu Di Pusat Pemindahan – Norshida

SEGAMAT, 2 Jan – Wanita UMNO Segamat hari ini mengambil tindakan awal dengan melantik Ketua Wanita UMNO Cawangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Ketuanya Datuk Norshida Ibrahim berkata langkah berkenaan diambil setelah beberapa kawasan di Segamat mula dinaiki air selain perbincangan dengan agensi kerajaan yang lain dalam usaha melicinkan bantuan sewajarnya. “Awal pagi […]

» Read more

Pemuda BN Sedia Hotline Bantu Mangsa Banjir – Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini memaklumkan bahawa mereka menyediakan hotline untuk mangsa-mangsa banjir membuat aduan sekiranya wujud sebarang kesulitan dalam menerima bantuan. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan bantuan yang diberikan kerajaan benar-benar sampai dan tiada isu birokrasi dalam aspek penyampaian dan perlaksanaan. “Mangsa-mangsa banjir juga boleh menghubungi Ketua-Ketua Pemuda […]

» Read more

Pelbagai Strategi Rancakkan Industri Pelancongan Melaka – Sulaiman

JASIN, 1 Jan – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran lebih ramai pelancong ke Melaka tahun ini dengan merangka pelbagai strategi baharu termasuk mewujudkan lebih banyak produk dan lokasi pelancongan dalam usaha merancakkan semula industri itu. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata tarikan pelancongan perlu diperbanyak bagi memulihkan sektor itu selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun merencat […]

» Read more

Tumpu Penyelesaian Jangka Panjang Atasi Banjir – PM

TEMERLOH, 1 Jan – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha mencari penyelesaian jangka panjang masalah banjir secara menyeluruh bagi mengurangkan risiko dan jumlah lokasi terjejas akibat bencana itu di masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu menjadi agenda utama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat sebaik sahaja operasi pascabanjir selesai, dan ia melibatkan kerajaan negeri, kementerian […]

» Read more

Johor Negeri Terbaharu Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Empat Negeri Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini. Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan. Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam […]

» Read more

Covid: Kebenaran Perjalanan Mengerjakan Umrah Ditangguh Mulai 8 Jan – Khairy

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan ini bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman yang menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli keluarga. “Kebanyakan jemaah yang pulang dari […]

» Read more

2022 Tahun Malaysia Kembali Ke Landasan Pelan Ekonomi Jangka Masa Panjang – PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Tahun 2022 merupakan tahun untuk Malaysia kembali ke landasan bagi menetapkan pelan ekonomi negara jangka masa panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Justeru, katanya, beberapa tema mustahak perlu digerakkan pada tahun depan antaranya ialah pemerkasaan ekonomi digital yang sejajar dengan tuntutan realiti semasa. “Atas kesedaran sama tentang perlunya mengadaptasi kepada keperluan kini […]

» Read more

Kerajaan Sedia Laksana Transformasi Sistem Kehakiman Untuk Perkukuh Demokrasi Negara – PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Kerajaan bersedia untuk melaksanakan transformasi di dalam sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata transformasi berkenaan seiring dengan Transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan kerajaan. Semasa menyampaikan perutusan sempena tahun baharu 2022 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan malam ini, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai […]

» Read more
1 1,073 1,074 1,075 1,076 1,077 1,945