Pemuda BN Sedia Hotline Bantu Mangsa Banjir – Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini memaklumkan bahawa mereka menyediakan hotline untuk mangsa-mangsa banjir membuat aduan sekiranya wujud sebarang kesulitan dalam menerima bantuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan bantuan yang diberikan kerajaan benar-benar sampai dan tiada isu birokrasi dalam aspek penyampaian dan perlaksanaan.

“Mangsa-mangsa banjir juga boleh menghubungi Ketua-Ketua Pemuda UMNO dan BN di 191 Bahagian melibatkan 13,205 cawangan-cawangan seluruh Malaysia yang berada di kawasan tuan-tuan dan puan-puan.

“Insya-Allah segala isu yang berbangkit Pemuda BN akan pantau & pastikan sampai ke pengetahuan pihak kerajaan untuk diambil tindakan segera.

“Pemuda BN juga menyediakan talian hotline yang beroperasi untuk orang ramai memberikan maklum-balas dan boleh whatsapp atau SMS di:

Pemuda UMNO
📞017-9988771

Pemuda MCA
📞011-5876 6951

Pemuda MIC
📞 011-2108 5034

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata kesemua maklum balas akan diberikan perhatian serius oleh pihak Pemuda BN untuk memastikan kesusahan dan penderitaan lebih 30,000 keluarga mangsa banjir mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya sebagaimana yang dihasratkan melalui segala bantuan yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.

“Kami mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas bantuan tambahan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk peruntukan dalam bentuk baucar tunai untuk membeli kelengkapan rumah, baiki kereta, peruntukan membaiki dan menggantikan rumah mangsa banjir yang dikatakan mencecah 30,000 keluarga,” ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui perutusannya memaklumkan mangsa banjir di seluruh negara bakal mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR).

Katanya lagi, pelbagai bantuan itu merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.