ADUN Dinasihat Jadi Contoh Dan Teladan Kepada Rakyat – Saarani

IPOH, 15 Jan – Mana-mana individu yang dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), walau dari parti mana sekalipun, perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata ia termasuk kewajipan mematuhi undang-undang negara, baik dari kem kerajaan mahupun pembangkang, kerana mereka adalah penggubal undang-undang selain menjadi rujukan kepada komuniti di […]

» Read more

UMNO Johor Tolak ‘Spekulasi’ Bubar DUN Hari Ini

KULAI, 15 Jan – UMNO Johor hari ini menolak ‘spekulasi’ berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang dikatakan berlaku hari ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata UMNO Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu. “Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapapun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti […]

» Read more

Khairy Cadang Kertas Putih KKM, Reformasi Sistem Kesihatan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau mencadangkan penyediaan satu kertas putih Kementerian Kesihatan (KKM), bagi membolehkan reformasi sistem kesihatan negara dapat dibuat terutama dalam memastikan ia kalis masa depan. Jelasnya perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan, sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang. […]

» Read more

Usaha Lemahkan UMNO Gagal, Malah UMNO Semakin Mara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 berakhir musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini. Katanya, sehingga ke tahap Presidennya diugut dan digertak supaya UMNO dibubarkan atau akan menanggung akibat. “Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk […]

» Read more

Status Bangunan MBMB, Diputuskan Selepas Isu Persempadanan Diwartakan

MELAKA, 15 Jan – Status projek pembinaan bangunan baharu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Klebang di sini, akan diputuskan selepas isu persempadanan kawasan antara MBMB dan Majlis Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diwartakan. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara, antaranya nilai pasaran […]

» Read more

Ikrar Teguh Bersama Institusi Presiden… Perkukuh Agenda Bela Agama, Bangsa Dan Negara – Bung

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin melahirkan keazaman untuk terus mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membawa agenda membela agama, bangsa dan negara. Katanya, kewibawaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu telah membawa perubahan kepada perjuangan parti keramat ini dalam melalui pelbagai ujian yang mendatang. “Di […]

» Read more

Desas-Desus PRN Johor… Jika Berlaku, UMNO Perlu Lebih Berani – Norshida

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak malah dikatakan juga sedang bertiup kencang di pelbagai peringkat. Lantaran itu pelbagai ramalan yang keluar dan sedang dijaja oleh pihak-pihak tertentu mengenai perkara berkenaan. Bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku […]

» Read more

PAU 2021 Pada Mac Bagi Laluan PPV Mega Di WTC – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 adalah bagi memberi laluan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi pemberian suntikan dos penggalak yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula Sabtu ini sehingga 15 Mac. Katanya, keputusan yang dicapai pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengambil […]

» Read more

KPT Salur Bantuan Hampir RM4 Juta Kepada Mangsa Banjir

BATU PAHAT, 14 Jan – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyalurkan bantuan sebanyak hampir RM4 juta kepada mangsa banjir melalui agensi-agensinya, universiti-universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, semenjak pertengahan Disember tahun lepas. Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata bantuan tersebut terdiri daripada 43,806 kotak sumbangan merangkumi makanan dan keperluan asas dengan nilai sebanyak RM3.625 juta selain bantuan kewangan berjumlah […]

» Read more

TCA: Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia, Filipina Bertemu 27 Jan

TAWAU, 14 Jan – Menteri Pertahanan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan bertemu pada 27 Jan ini bagi berbincang mengukuhkan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Laut Sulu, Sulawesi serta Pantai Timur Sabah. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk mengukuhkan TCA melibatkan kerjasama angkatan […]

» Read more
1 1,067 1,068 1,069 1,070 1,071 1,949