Pendaftaran PICKids Meningkat 663,641 Setakat Semalam – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) kini meningkat kepada 663,641 setakat semalam (7 Feb), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 untuk kanak-kanak (CITF-C) akan mengumumkan pelaksanaan program itu di peringkat sekolah. “Pendaftaran dibuat oleh sekolah dan suntikan juga di sekolah dengan rakan-rakan,” katanya […]

» Read more

Keluarga Malaysia Berperanan Kukuh Ekosistem Siber Negara – PM

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk menangani ancaman dan jenayah siber dengan membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian di Facebook sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 hari ini, berkata peranan Keluarga Malaysia juga penting dalam mewujudkan persekitaran siber […]

» Read more

Agong Zahir Penghargaan Kerajaan Laksana Inisiatif Naik Taraf Hidup Warga WP

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan inisiatif berteraskan prinsip menjaga kebajikan, meringankan kos sara hidup dan menaikkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan. Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik program pembangunan usahawan anak muda kota Wilayah Persekutuan […]

» Read more

Zahid Anggap Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Tepat, Sangat Diperlukan

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap keputusan Kerajaan untuk menaikkan gaji minimum menjadi RM1500 sebulan adalah sesuatu yang tepat pada masanya dan sangat diperlukan. Namun demikian perkara ini ditolak oleh Persatuan Majikan Malaysia (MEF) menerusi Presidennya Datuk Syed Hussain Syed Husman yang berpendapat bahawa langkah tersebut akan membebankan majikan yang baru sahaja […]

» Read more

PRN Johor: Beberapa Bahagian UMNO Hantar Permohonan Bertanding – Ahmad Maslan

PONTIAN, 8 Feb – Beberapa bahagian UMNO Johor telah menghantar permohonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata permohonan itu akan diteliti dan diputuskan pucuk pimpinan negeri serta pusat tanpa menjejaskan hubungan antara parti komponen […]

» Read more

BN Satu-satunya Gabungan Parti Politik Paling Stabil Dan Muafakat – Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Barisan Nasional (BN) satu-satunya gabungan parti politik paling stabil dan bermuafakat untuk mentadbir negara dulu, kini dan selamanya, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menguatkan perkara itu, beliau berkata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan kelak, lawan BN masih kekalutan, haru-biru, kacau-bilau sehingga perihal kerjasama, poster boy dan penggunaan logo […]

» Read more

Kerajaan Selangor Realiti Kegagalan PH Mentadbir, Utama Kepentingan Sendiri – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata rakyat di Selangor semakin muak dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri itu yang disifatkan sebagai gagal mentadbir meskipun sudah memimpin selama tiga penggal namun tidak berjaya memenuhi keperluan rakyat. Katanya, pelbagai dasar dilakukan ada kepincangan berlaku dan realitinya pimpinan PH memerintah Selangor ini bukan […]

» Read more

Pemerkasaan Koperasi Bantu Tangani Kenaikan Harga Barang – Noh

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited dalam membantu menangani permasalahan kenaikan harga barang makanan, antaranya melalui pemerkasaan koperasi yang terlibat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntukkan RM 1 juta bagi koperasi terlibat dalam bidang itu dan menggalakkan mereka untuk menjalankan perniagaan dalam […]

» Read more

KRC Bakal Tarik Pelaburan RM10 Bilion Menjelang 2025 – PM

KUALA NERANG, 7 Feb – Kedah Rubber City (KRC) bakal menarik pelaburan berpotensi bernilai RM10 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 yang akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun baharu dilancarkan, projek strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) itu sehingga kini telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak […]

» Read more

Demi Masa Depan Terbaik Johor, Wanita BN Siap Sedia Dan Bersemangat Tinggi – Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata jentera wanita kini bersedia di tahap tertinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ujar Ketua Wanita UMNO itu, tanggungjawab yang diberikan oleh parti akan dilaksanakan oleh mereka dengan sebaiknya demi masa depan rakyat negeri itu. “Kehangatan sudah terasa! Kita sudah bersedia dan bersemangat […]

» Read more
1 1,053 1,054 1,055 1,056 1,057 1,952