PM Ismail Sabri Lawat Mangsa Banjir Di Mentakab

TEMERLOH, 24 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab, di sini. Beliau yang tiba pada pukul 10.45 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan. […]

» Read more

Lebih 22 Juta Populasi Dewasa Di Malaysia Lengkap Divaksinasi Hingga Semalam

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Sebanyak 22,831,577 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi (23 Dis). Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW memaklumkan sejumlah 98.8 peratus atau 23,132,540 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, 87.1 peratus atau 2,742,885 individu remaja berumur antara 12 […]

» Read more

Perdana Menteri Ingatkan Semua Pihak Waspada Ketidaktentuan Cuaca

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini. Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun pada 27 hingga 29 Disember ini dengan hujan berterusan dijangka di timur Sabah dan barat Sarawak. Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mengerahkan semua agensi […]

» Read more

Banjir: Jumlah Mangsa Meningkat Di Kelantan, Empat Negeri Lain Menurun

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam ini manakala empat negeri lain termasuk Selangor menunjukkan penurunan. Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal. Di KELANTAN, setakat 10 malam, jumlah mangsa meningkat kepada 1,666 orang berbanding 1,496 orang petang tadi, melibatkan 10 PPS dibuka kesemuanya […]

» Read more

Tiada Negeri Dikecualikan Terima Bantuan SWCorp- Reezal Merican

MARAN, 23 Dis – Semua negeri terjejas banjir akan menerima bantuan pemulihan dan pembersihan meskipun tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Memberikan jaminan itu, beliau berkata negeri Selangor misalnya yang tidak mengguna pakai Akta 672 tetapi diberikan bantuan pemulihan melalui Perbadanan […]

» Read more

PM Arah Agensi Terlibat Adakan Sidang Media Harian Ops Banjir

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan kesemua agensi yang terlibat dengan bencana banjir untuk mengadakan sidang media harian Ops Banjir. Ismail Sabri melalui catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini berkata sidang media itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai situasi banjir serta persediaan yang perlu dalam menghadapi […]

» Read more

Kerja Baik Pulih Menara Komunikasi Terjejas Akibat Banjir Di Selangor Giat Dijalankan – Annuar

PUTRAJAYA, 23 Dis – Kerja-kerja membaik pulih menara komunikasi yang terjejas akibat banjir di Selangor sedang giat dijalankan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata setakat semalam (22 Dis), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengenal pasti sebanyak 342 menara komunikasi yang terkesan akibat banjir di negeri itu. Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 153 menara telah […]

» Read more

Kedatangan SUA Beri Suntikan Semangat, Mangsa Banjir Hargai UMNO Bersama Rakyat

KUNDANG, 23 Dis – Sebalik musibah banjir yang melanda Selangor khususnya di Parlimen Selayang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyantuni mereka. Kunjungan Ahmad Maslan ke Kampung Melayu Sri Kundang semalam memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada mereka yang terkesan banjir lantas membuktikan UMNO sentiasa cakna […]

» Read more

RM100 Juta Diperuntukkan Bantu Aktiviti Pemulihan Pascabanjir – Mohd Shahar

Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri minggu lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata bantuan itu antara lain termasuk dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi aktiviti pemulihan pascabanjir serta membantu pembelian peralatan dan kelengkapan rumah yang […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Komited Bantu Mangsa Banjir – Asyraf

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki meluahkan penghargaan beliau dengan komitmen yang diberikan Pemuda UMNO bahagian-bahagian dalam membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing. Katanya, mereka juga telah menggerakkan ahli-ahli Pemuda UMNO dan Sukarelawan Skuad Sabil di semua cawangan-cawangan dalam bahagian untuk membantu menyelamatkan mangsa banjir, membekalkan keperluan asas seperti makanan, minuman […]

» Read more
1 1,038 1,039 1,040 1,041 1,042 1,904