Misi BN Menstabilkan Politik, Memajukan Ekonomi, Memakmurkan Bangsa Johor – Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Menjelang penamaan calon yang bakal memulakan kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan berkaitan misi BN.

Katanya, misi BN menstabilkan politik, memajukan ekonomi, memakmurkan Bangsa Johor.

“Misi PN mengalahkan BN, menamatkan UMNO, tuan presiden jadi penasihat ekonomi. Misi PH mengalahkan BN, sekat kemaraan BN, bendera siapa paling hebat. Misi MUDA mengalahkan BN, mengumpul dana, rembat kerusi PKR.

“Misi Pejuang mengalahkan BN, meratib Najib Razak, memenuhkan poket kroni. Jadi orang Johor toksah pening dengan “kacap-kacap terlabik’ lawan BN lagi.

“Kasi terpeleot sama mereka kali ini. Jangan bagi ‘chance’. Bior mereka tahu,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyertakan serangkap pantun:

Beriani sedap di Batu Pahat,
Makan asam pedas di Muor;
Johor mantap rakyatnya hebat,
Kasi libas tunjuk mereka jalan keluor. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.