Caruman KWSP, Perkeso Artis Antara Dibincang Dalam Task Force Industri Kreatif – Zahidi

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perlindungan insurans bagi golongan artis dan penggiat seni bebas merupakan antara perkara dibincangkan di bawah Task Force Industri Kreatif. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Task Force berkenaan akan meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk […]

» Read more

Hutang Negara Benar-benar Cecah RM1 Trilion… PH Tak Mahu Lagi Tuduh Negara Sudah Bankrap? – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengimbas semula kerajaan di bawah BN dahulu, hutang negara sebanyak RM686.8b dengan nisbah hutang kepada KDNK sekitar 48.7%. Namun katanya, Pakatan Harapan (PH) ketika itu kata negara sudah bankrap. “Lalu, PH pun tukar cara kira hutang dengan menambah jaminan kerajaan serta liabiliti jangka […]

» Read more

Kerajaan Bangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana Untuk Tambah Baik Asas Hasil

Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kerajaan sedang membangunkan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan melaksanakan Semakan Semula Perbelanjaan Awam bagi menambah baik asas hasil dan memastikan kecekapan perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pelaksanaan langkah-langkah tersebut mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan demi memastikan kemampanan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa sederhana dan panjang. […]

» Read more

Pertumbuhan Ekonomi Negara, Hutang Kerajaan Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang itu antara persoalan yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan. Turut terkandung […]

» Read more

Ekonomi Negara Pada Unjuran Baik, PM Nafi Gagal Pulihkan Ekonomi

HANOI, 21 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kerajaan gagal memulihkan ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 kerana prestasi positif Malaysia bagi 2021 menunjukkan negara kini berada pada unjuran yang baik ke arah mencapai sasaran ditetapkan pada tahun ini. Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.1 peratus pada 2021 berbanding […]

» Read more

Amaran Keras Kepada Syarikat Televisyen Yang Tidak Jaga Sensitiviti Agama, Rakyat – Annuar Musa

KOTA BHARU, 20 Mac – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh senstiviti agama dan rakyat di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan yang ditetapkan. “Di bawah […]

» Read more

Ismail Sabri Pikat Hati Pemimpin, Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Selepas empat hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berakhir hari ini menyaksikan Datuk Seri Ismail Sabri ‘mencuri’ tumpuan dengan pengumuman beberapa berita gembira yang disambut baik oleh perwakilan dan ahli parti serta rakyat. Berucap ketika penggulungan atas kapasiti Naib Presiden UMNO, setiap pengumuman Perdana Menteri mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang bangun sebagai tanda sokongan […]

» Read more

AKTA DBP Dipinda Untuk Perkasa Bahasa Melayu – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa. “Kalau di bawah […]

» Read more

Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Mulai 1 Mei – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). “Bagi syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang pekerja dan kurang […]

» Read more

Pas Terengganu Tidak Terjemah Agenda Kerjasama MN Sejak Awal 

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pembahas Terengganu, Bazlan Abdul Rahman meluahkan kekesalan dengan kepimpinan Pas yang tidak menterjemahkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di negeri itu sejak dimeterai dua tahun yang lalu. Katanya, cerminan sebenar Pas Terengganu dapat dilihat kerana mereka seolah-oleh tidak ikhlas dalam membawa agenda penyatuan MN. “Kami berhadapan dengan Pas sejak tiga generasi yang lalu. Parut yang ditinggalkan […]

» Read more
1 1,011 1,012 1,013 1,014 1,015 1,959