Tambang Mahal, Bung Moktar Gesa Kerajaan Kawal Harga Tiket Penerbangan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan rasa terkejut dengan harga tiket penerbangan yang didakwa terlalu mahal untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak terutamanya pada musim cuti sekolah atau hari perayaan. Katanya, ini bukan isu baharu iaitu apabila cuti sekolah atau musim perayaan maka harga tiket penerbangan akan melambung tinggi sehingga membebankan pengguna […]

» Read more

Kerajaan Sedang Tambah Baik Sistem Saraan PDRM – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan sedang menambah baik sistem saraan anggota polis berstrukturkan gaji, elaun dan kemudahan lain. Menurutnya, dengan kenaikan Bantuan Sara Hidup (Cola) ini juga dipercayai mampu untuk menyuntik semangat kerja yang lebih positif dan menaikkan motivasi penjawat awam secara keseluruhannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. […]

» Read more

Teknologi Solar, Gaji Baharu Polis Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Isu berkaitan penggunaan teknologi solar di Malaysia, kadar gaji baharu anggota polis serta keberkesanan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengesan dan memperoleh semula aset atau wang hasil penipuan antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan […]

» Read more

Tolak Episod Drama Politik, Jimat Kos Sekiranya Pilihan Raya Secara Bersekali – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berpandangan setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, rakyat telah disajikan dengan pelbagai episod drama politik. Menurutnya, ketidakstabilan yang berterusan dan memuncak telah mengheret kepada pilihan raya di tiga buah negeri iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, Melaka 2021 dan Johor 2022. Jelasnya, keadaan tersebut tidak […]

» Read more

Dari Parlimen: Ahmad Maslan Jelaskan Persoalan Status Kelulusan LPT3

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata cadangan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) ditangguhkan oleh kerana dasar semasa kerajaan untuk tidak melaksanakan Skim Pembayaran Tertangguh (Deferred Payment Scheme). Ini kerana katanya, projek LPT3 dilaksanakan secara Request for Proposal (RFP) dan KKR telah memaklumkan kepada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melalui surat […]

» Read more

Cadangan Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap Masih Dalam Kajian

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) itu termasuk kajian impak yang turut mengambil kira pandangan hasil sesi libat urus […]

» Read more

Malaysia Usul Palestin Diterima Masuk PBB, Kirim Poskad Khas Kepada Setiausaha Agung PBB

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin memaklumkan bahawa Malaysia kekal dengan pendekatan berprinsip melibatkan krisis di Palestin dalam semua lapangan keadaan dan masa. Katanya, terbaharu tindakan yang dilakukan Malaysia adalah dengan mengusulkan Palestin diterima masuk sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk penyertaan Malaysia ketika pendengaran awam Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). “Sebagai tanda solidariti […]

» Read more

Isu Kemanusiaan Di Palestin, Jenayah Scam Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan memberi tumpuan kepada isu kemanusiaan di Palestin, jenayah scammer dan dasar naturalisasi dalam sukan bola sepak. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, pada sesi soal jawab Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) akan menyoal Menteri Luar mengenai perancangan dan tindakan lanjut kerajaan dalam isu kemelut kemanusiaan […]

» Read more

Parlimen: Pinda Sebahagian Akta GSA 1960, Beri Kebenaran Bina Rumah Kedua Atau ketiga Atas Lot Asal FELDA

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Kerajaan hari ini dicadang agar meminda sebahagian Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 untuk membenarkan rumah kedua atau ketiga dibina di atas tanah lot asal peneroka tersebut. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kebenaran untuk membina satu rumah ini bukanlah perkara yang mustahil, bahkan Kerajaan sebenarnya pernah memberi kebenaran sementara untuk perkara ini dilakukan. […]

» Read more

Penilaian Semula Kadar Bantuan Dilaksanakan Secara Berterusan – Noraini

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad berkata penilaian semula mengenai kadar-kadar bantuan dilaksanakan secara berterusan. Menurut beliau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari. “Bantuan kebajikan […]

» Read more
1 25 26 27 28 29 38