Permainan Digital Terima Dana MDEC, Status Stesen LRT3 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai permainan digital tempatan yang menerima dana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan status terkini projek lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Menteri Digital menyatakan permainan digital tempatan sama ada komputer atau video […]

» Read more

Kementerian Sentiasa Kenal Pasti Kaedah Pembinaan Terkini – Timb Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengenalpasti pembinaan kaedah secara Modular (Modular Construction) dan Pra Fabrikasi (Pre Fabricated) selain daripada Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System/IBS) bagi meningkatkan produktiviti melalui kaedah pembinaan yang terkini dan termaju. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kaedah pembinaan secara modular […]

» Read more

Kekangan Dunia Akademik Institusi Awam: Akta 605 Diteliti Dan Diperhalusi – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beberapa langkah telah diambil bagi melihat beberapa kekangan dalam dunia akademik di negara ini termasuklah Akta Badan-Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605). Menurut beliau penelitian berkenaan bagi membolehkan Intitusi Pengajian Tinggi Awam tidak terikat dalam menyampaikan pandangan serta pendapat masing-masing dalam sebarang kenyataan yang […]

» Read more

KESUMA Teliti Kerangka Perlindungan Sosial Baharu – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata buat masa ini akta-akta yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah merupakan skim insurans sosial komprehensif terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Pada masa yang sama katanya KESUMA melalui PERKESO sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 […]

» Read more

Isu Harga Tiket Penerbangan Mahal Antara Sabah Ke Semenanjung Malaysia, Bung Moktar Gesa Kerajaan Kawal

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenanjung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam turut menyentuh isu ini. Beliau melahirkan kebimbangan mengenai kos tinggi penerbangan dari Sabah ke Semenanjung Malaysia […]

» Read more

Tahap Kesediaan Kuala Lumpur Bagi Kepengerusian ASEAN 2025 Dibincangkan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara berkenaan. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara berkenaan dikemukakan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) kepada […]

» Read more

Penyelarasan Subsidi RON95 Perlu Pertimbangan Teliti – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Penyelarasan subsidi RON95 tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan pertimbangan yang teliti terhadap kesannya kepada rakyat. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau menyokong penyelarasan subsidi tersebut dilakukan untuk menjamin kelestarian kewangan negara bagi jangka masa panjang. “Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan menyentuh soal penyelarasan subsidi RON95 yang disebutkan oleh Perdana […]

» Read more

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara: Kerajaan Galak Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Kerajaan menggalakkan pelaksanaan dasar teknologi hijau dan penggunaan tenaga baharu dalam operasi data untuk mencapai sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2050 seperti yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bersepadu untuk […]

» Read more

Agenda Reformasi Sentiasa Dilaksana, Diteruskan – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan komited untuk memastikan agar agenda reformasi sentiasa dilaksanakan dan diteruskan. Tegasnya, selaras dengan hasrat tersebut, beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilaksanakan untuk memastikan hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara. “Kerajaan Madani sentiasa komited terhadap agenda reformasi institusi dalam memastikan hak rakyat Malaysia […]

» Read more

Isu Laut China Selatan: Malaysia Komited Selesaikan Secara Konstruktif, Guna Saluran Bersesuaian

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai, kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Tegasnya, pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten maka semua pertikaian perlulah berdasarkan undang-undang antarabangsa. “Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada isu di Laut China […]

» Read more
1 20 21 22 23 24 45