Bukan Sahaja Frontliners Dibantu, Asnaf, OKU Dapat Perhatian- Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Biro Aktivisme Puteri UMNO akan terus menghulurkan bantuan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan selama 14 hari.

Menurut Ketuanya, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani, bukan sahaja petugas di barisan hadapan diberikan sumbangan malah juga tidak terkecuali golongan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat yang terkesan semenjak PKP dikuatkuasakan.

“Bukan sahaja yang ‘frontliners’, malahan golongan asnaf, OKU dan ramai lagi amat terkesan dengan ujian yang melanda ini… tambahan pula dengan tempoh berkurung yang terpaksa dilanjutkan lagi 14 hari dan ia amat menyukarkan keadaan sesetengah pihak.

“Syukur Alhamdulillah… kami dapat menghantar petugas dari Puteri UMNO kami di merata negeri untuk menghantar bantuan kepada petugas COVID-19 di hospital-hospital, antaranya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Slim River, Perak; Hospital Tuanku Fauziah, Perlis dan Hospital Pulau Pinang.

“Insya-Allah… dengan sumbangan yang berterusan kami akan terus menghantar bantuan dan sokongan kepada semua petugas di seluruh Malaysia,” katanya.

Tambah Puteri Farhana lagi, beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang sudi dan telah menderma kerana membantu memudahkan segala urusan.

“Terima kasih kerana membantu kami dalam menangani wabak yang amat merbahaya dan terima kasih sekali lagi kerana membantu merawat pesakit-pesakit COVID-19 di seluruh negara,” ujarnya.

Bagi anda yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan pada akaun berikut:
REF: SupportFundCovid19
BANK KERJASAMA RAKYAT
1100 7100 6115. Akaun ini di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri.

Sekiranya anda mempunyai soalan khusus mengenai bagaimana sumbangan anda digunakan atau misi 19 kami secara keseluruhan, jangan ragu untuk menghubungi Puteri Farhana melalui 018-5751418. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit