Tg Piai : Misi Dan Mesej Dari Penghujung Benua – Annuar

SYUKUR dan bangga melihat semangat kepelbagaian kaum dan jiwa besar pemimpin Johor khususnya Tanjung Piai, penghujung benua Asia.

Saya terlibat dalam kesemua rundingan dan perbincangan khusuanya soal memilih calon. Dari kaji selidik hingga bancian. Saya berpeluang dengar semua hujah dan pandangan semua pimpinan. Dari perancangan hingga calon diputuskan. MasyaAllah, mereka semua berjiwa besar dan berjiwa perjuangan yang sangat luar biasa

Tanjung Piai antara yang paling sukar, paling mencabar. Ia menguji semangat BARISAN NASIONAL dan MUAFAKAT NASIONAL.

Bukan semua perhitungan disandarkan pada kalah menang. Tidak kurang pentingnya ASAS dan DASAR PERJUANGAN, SETIAKAWAN SERTA PANDANGAN JAUH KE HADAPAN… MUAFAKAT NASIONAL DIDAHULUKAN.

“TRY TO WIN THE BATTLE IF YOU CAN, BUT NEVER LOSE THE WAR!”… biar undur setapak ke belakang, untuk maju 10 tapak ke hadapan!

Tanjung Piai, bumi penghujung Benua Asia menjadi medan juang penuh simbolik POLITIK KEJUJURAN, KEIKHLASAN, SETIAKAWAN… politik bermaruah.

Tanjung Piai di mana disemai semula politik wasatiyah (kesederhanaan), taawun (kerjasama), tahaluf (collaboration) dan taayush (coexistence).

Politik perpaduan kaum dan muhibbah yang tujuh dekad tumbuh segar yang kini cuba dirosakkan politik kebencian, politik fitnah, politik dakyah dan tipu muslihat, politik janji palsu, politik perkauman, politik liberal, politik ideologi songsang yang kini mengancam negara.

Tanjung Piai bukan sekadar tua muda calonnya, tinggi rendah kelulusannya, banyak atau sedikit jasa dan khidmatnya antara DATO’ SRI DR WEE JECK SENG, PhD, MA,BA (hons) dan lawannya tetapi antara BARISAN NASIONAL / MUAFAKAT NASIONAL DENGAN PAKATAN HARAPAN YANG MENGECEWAKAN SEMUA… ANTARA PENYATUAN UMMAH DAN PERPECAHAN, DI MANA RETAK MENANTI BELAH.

Tanjung Piai akan menjadi medan muafakat UMNO, PAS, MCA, MIC, KIMMA, MAKKALSAKTI, IPF, BERJASA, UMMAH, ISMA SERTA SELURUH NGO DAN RAKYAT BERGANDING BAHU-MEMBAHU TANPA MENGIRA AGAMA KAUM BANGSA ATAU WARNA KULIT, membawa politik bermaruah demi masa depan anak cucu Malaysia yang berbilang bangsa.

Dari penghujung Benua Asia, kita buktikan MALAYSIA, TRULY ASIA! – UMNO ONLINE

TAN SRI ANNUAR MUSA
Setiausaha Agung UMNO
Ahli Parlimen Ketereh

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.