Kes Rogol Warga Indonesia: Kerajaan PH Jangan Pandang Ringan, Tegakkan Undang-undang
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar jangan memandang ringan kes rogol warga Indonesia yang membabitkan YB ADUN Tronoh.
“Kerajaan PH jangan pandang ringan hal ini. Hubungan Malaysia Indonesia yang terjalin baik selama ini mesti dipelihara”, katanya dalam kenyataan di sini.
Justeru tegas beliau sudah pasti Indonesia sedang melihat dan menilai bagaimana pembelaan terhadap rakyatnya.
Apatah lagi tambahnya media di Indonesia telah melaporkannya secara meluas dan ia boleh jejaskan nama Malaysia.
“Kita tahu. Pasti tidak boleh menghukum perbuatan itu selagi proses keadilan tidak memutuskannya. Ini prinsipnya.
“Maka, untuk berlaku adil pada semua. Baik YB ADUN Tronoh atau mangsa. Pihak berwajib mesti melaksanakan tanggungjawab dengan telus, dan seadilnya. Dan tanpa berpihak”, ujarnya.
Tegas Dr Shamsul ini perkara besar dan prinsip undang-undang mesti ditegakkan dengan mengenepikan soal politik.
“Justeru kes ini menjadi ujian besar kepada pihak berkuasa terutama PDRM. Dan sekali lagi ” Rule of law ” di Malaysia diuji.
“Jangan lupa rakyat Malaysia juga ada di Indonesia”, katanya.-MediaUMNO