Ismail Lasim Letak Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bertarikh 16 November 2026.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Zambry Abd Kadir menerusi satu kenyataan media malam tadi.

SEREMBAN 18 Ogos–Menteri Besar negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim semasa menghadiri Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang Ke-16 selesai berlangsung hari ini dengan lancar.
Antara agenda penting hari ini ialah upacara mengangkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), serta pemilihan dan pelantikan YB Dato’ Seri Dr. Hj. Awaludin bin Said sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang baharu. Turut dilantik ialah YB Kamarol Ridzuan Mohd Zain, sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Menurut beliau, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO telah menerima satu salinan surat peletakan jawatan berkenaan.

“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.

Zambry berkata, BN berharap keputusan itu dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

Sehubungan itu, katanya, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau turut memaklumkan Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO