‘Luahkan Pendirian… Sokong Najib, Undi BN’
ALOR GAJAH, 12 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dengan sinis menyahut seruan seorang pemimpin parti lawan untuk rakyat negeri Melaka menyuarakan pandangan mereka melalui peti undi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata pengundi Melaka perlu menyuarakan pendirian berhubung isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini sebagai peluang untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Luahkanlah pendirian masing-masing. Orang Melayu mahu Datuk Seri Najib Razak berada di rumah menerusi tahanan rumah.
“… manakala mereka yang tidak bersetuju hanyalah daripada Dap,” katanya.
Ahmad berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas mengadakan ceramah di Batang Melaka, Asahan, semalam.
Mengulas lanjut kata beliau ia sebagai menifestasi terhadap sokongan terhadap Najib yang menurutnya mendapat sentimen positif dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Baguslah jika isu ini dibangkitkan kerana Datuk Seri Najib merupakan isu popular yang memberikan kelebihan positif kepada UMNO dan BN.
“Ya, rakyat kena undi BN,” ujar beliau.
Terdahulu, laporan media memetik gesaan Setiausaha Agung Dap, Loke Siew Fook supaya pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan membabitkan tahanan rumah Najib menyuarakan pandangan mereka pada hari mengundi minggu ini. – UMNO Online
