Isu Tahanan Rumah Tidak Wajar Dijadikan Polemik – Ismail
JASIN, 12 Nov – Isu titah berkaitan tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya dijadikan polemik atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlu dihormati berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Ismail Mohamed berkata, semua pihak perlu menghormati perkara tersebut dan tidak menjadikan isu berkenaan sebagai ruang untuk menunjukkan ego masing-masing.
Menurut beliau, perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan sewajarnya dihormati tanpa menimbulkan polemik berpanjangan.

Beliau berkata demikian selepas bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan masyarakat setempat di Rim, di sini.
Dalam perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau berkata BN terus memilih pendekatan berhemah dan tidak memburukkan mana-mana pihak.
“Apa pun kita perlu berwaspada terutama masyarakat setempat kempen saat akhir yang menyaksikan pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap calon-calon BN,” tambahnya.- UMNO Online
