Malaysia, Bangladesh Perkukuh Hubungan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Negara, Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat Bangladesh, TYT Humaiun Kobir, di sela-sela Persidangan Ketua-Ketua Negara Kerajaan Komanwel Ke-28 (CHOGM 2026) di Antigua & Barbuda.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memaklumkan perbincangan tersebut mencerminkan hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Bangladesh serta komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama demi kepentingan bersama.

Malaysia menghargai hubungan baik yang terjalin bersama Bangladesh dan berharap kerjasama antara kedua-dua negara dapat terus diperkasakan.

“Malaysia menghargai hubungan baik bersama Bangladesh dan berharap agar kerjasama antara kedua-dua negara dapat terus diperkasakan demi kepentingan bersama kedua-dua negara,” katanya,” katanya.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM 2026 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dari 1 hingga 4 November ini.

Wisma Putra, memaklumkan bahawa CHOGM 2026 yang bertemakan “Accelerating Partnerships and Investment for a Prosperous Commonwealth” akan dihadiri oleh ketua negara, ketua kerajaan dan menteri dari 56 negara anggota Komanwel. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO