UMNO Perlu Bangkit Pimpin Kekuatan Melayu Dan Islam – Adam Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Sept – Jurucakap Veteran UMNO Malaysia, Datuk Adam Abdul Hamid berkata, kepimpinan UMNO perlu diperkukuh bagi memastikan kekuatan politik Melayu dan Islam dapat disatukan secara matang serta berteraskan kepentingan negara.
Menurutnya, perpecahan politik yang berpanjangan hanya akan melemahkan kuasa orang Melayu, selain membuka ruang kepada pihak lain untuk menentukan hala tuju dan agenda politik negara.
“UMNO perlu memimpin semula kekuatan jajaran politik Melayu dan Islam berasaskan mesti menjadi peneraju demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara.
“Perpecahan berpanjangan akan melemahkan kuasa orang Melayu dan membuka ruang kepada pihak lain untuk menentukan agenda politik negara. Perpecahan ini menyebabkan terjadinya politik kebencian pada kaum lain tetapi harus menumpukan kekuatan tanpa pengorbanan, keadilan dan juga kemakmuran masyarakat majmuk.
“UMNO mesti menjadi peneraju bukan sekadar melengkap dalam pembentukan negara. UMNO harus bersatu menghadapi sebarang tekanan dan intimidasi politik,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2026.
Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa mempertahankan UMNO bukan bermakna parti mempertahankan sebarang salah laku, sebaliknya memperjuangkan prinsip keadilan, ketelusan proses undang-undang serta hak setiap individu daripada dihukum hanya berdasarkan persepsi.
“Kita tidak mempertahankan salah laku tetapi wajib mempertahankan keadilan, proses undang-undang yang telus dan hak seseorang daripada dihukum melalui persepsi
“Seluruh kepimpinan dan ahli UMNO mesti bersatu hadapi tekanan dan serangan politik yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) terhadap parti dan pemimpin,” jelasnya.
Tambah beliau, UMNO tidak seharusnya membiarkan tekanan politik lawan yang mahu memecah-belahkan parti sehingga ada dalam kalangan ahli sendiri yang menjadi penyambung kepada naratif musuh.
“Jangan biarkan tekan politik lawan memecah-belahkan UMNO atau menjadikan orang UMNO itu sendiri menyambung kepada naratif musuh. Akar umbi parti adalah benteng pertahan UMNO agar semakin kuat dan hebat,” ujarnya.
Justeru, katanya lagi, seluruh anggota UMNO perlu menolak budaya saling menyalahkan dan sebaliknya membina kesatuan berdasarkan prinsip keadilan, kebenaran serta kepentingan parti dan rakyat. – UMNO Online
