Peranan Dan Suara Masyarakat Orang Asli Terus Diiktiraf Dalam Pembangunan Negara – Ahmad Zahid

ROMPIN, 18 Ogos – Peranan dan suara masyarakat Orang Asli terus diiktiraf dalam pembangunan negara sama ada secara langsung atau tidak langsung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah melaksanakan inisiatif, program serta usaha pembangunan melalui pelbagai aspek termasuk sosioekonomi bagi memperkasakan masyarakat berkenaan.

Beliau berkata pemerkosaan modal insan, pendidikan, kemahiran, kerjaya, kebajikan, infrastruktur juga antara aspek diberi perhatian oleh pihaknya.

“Komitmen Kerajaan Persekutuan dizahirkan melalui peruntukan yang disalurkan bagi komuniti Orang Asli untuk tahun ini, iaitu sebanyak RM412 juta bagi memastikan masyarakat itu di seluruh Semenanjung Malaysia mendapat akses kepada kesejahteraan hidup yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat bersempena dengan Sambutan Hari Orang Asli 2026 di Kampung Orang Asli Sungai Mok, di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata kecemerlangan masyarakat Orang Asli dalam setiap episod kejayaan membuktikan golongan berkenaan telah beralih ke suatu fasa hidup yang semakin baik.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata kecemerlangan masyarakat Orang Asli dalam setiap episod kejayaan membuktikan golongan berkenaan telah beralih ke suatu fasa hidup yang semakin baik.

“Tahun ini kami menyasarkan 600 Orang Asli dapat masuk universiti untuk diploma dan ijazah,” katanya.

Usaha ini telah diperkasakan melalui gerak kerja strategik dan kesepaduan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, selain dibantu pelbagai pihak lain seperti agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang telah melaksanakan pelbagai program di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata kerajaan komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua masyarakat Orang Asli tanpa mengira latar belakang.

Menyentuh mengenai program yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang disambut pada setiap 9 Ogos itu, beliau berkata inisiatif berkenaan adalah antara komitmen Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk sama-sama meraikan budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli.

Untuk rekod bilangan masyarakat Orang Asli di Malaysia berjumlah 224,559 termasuk 86,350 di Pahang. – BERNAMA

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO