Jawatankuasa Parlimen Perhalusi Dua RUU Penting

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026 dan RUU Kebebasan Maklumat 2026, semalam.

Menurut beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO, dalam mesyuarat kali ini, jawatankuasa menerima pandangan dan cadangan lanjut daripada para pakar bagi memperhalusi beberapa aspek penting dalam kedua-dua RUU berkenaan.

“Setiap pandangan yang dikemukakan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dalam usaha memastikan peruntukan yang dirangka benar-benar jelas, praktikal dan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada pandangan dan cadangan lanjut para pakar bagi memperhalusi peruntukan dalam kedua-dua RUU tersebut. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO