Sufian Maradzi Santuni Keluarga Terjejas Akibat Kejadian Ribut

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi yang baharu sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, berbesar hati menziarahi keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata, kunjungan tersebut bertujuan melihat sendiri keadaan kediaman yang terjejas selain bertanya khabar terhadap keuarga yang berdepan dugaan berkenaan.

“Singgah menziarahi keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut untuk melihat sendiri keadaan kediaman serta bertanya khabar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian berbeza, beliau turut menziarahi keluarga Allahyarhamah Puan Zuriati bagi menyampaikan ucapan takziah serta bertanya khabar susulan kehilangan insan tersayang.

“Berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Puan Zuriati bagi menyampaikan salam takziah dan bertanya khabar.

“Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah,” ujar beliau.

Terdahulu Muhammad Sufian yang juga penyandang DUN Seri Menanti, pada PRN Negeri Sembilan mengekalkan penguasaan di kawasan tersebut dengan majoriti 4,323 apabila memperoleh 5,858 undi berbanding PH dengan 1,535 undi dan Bersatu 363 undi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO