Azalina Sampaikan Ucapan Tahniah Sempena Hari Kebangsaan Singapura
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Hubungan erat Malaysia-Singapura terus diperkukuh menerusi kehadiran Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Republik Singapura ke-61 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Azalina hadir mewakili Kerajaan MADANI pada majlis yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura itu.

Beliau dalam hantaran di media sosial turut menzahirkan penghargaan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan sepanjang majlis berlangsung.
\
“Terima kasih kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, atas jemputan dan layanan yang cukup mesra yang diberikan sepanjang majlis ini.
Pada kesempatan itu, Azalina turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61.
“Majulah Singapura,” katanya lagi. – UMNO Online
