MoU Kerjasama Pertahanan 2023… ‘Roadmap’ Perkukuh Hubungan Malaysia-Vietnam

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan 2023 akan terus menjadi ‘roadmap’ dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam ke tahap yang lebih strategik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hubungan pertahanan kedua-dua negara amat baik dan Malaysia telah menganggap Vietnam sebagai rakan yang dipercayai serta diyakini.

“Mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, TYT Lê Minh Hưng, sempena lawatan rasmi saya ke Vietnam.

“Malaysia mempunyai hubungan pertahanan yang erat dengan Vietnam dan menganggap Vietnam sebagai rakan yang dipercayai serta diyakini.

“Kedua-dua negara turut berkongsi pandangan strategik yang sama dan berpegang kepada prinsip ASEAN, dengan dialog serta diplomasi sebagai asas dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ASEAN perlu terus memperkukuh ‘collective regional resilience’ melalui kerjasama erat.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai cabaran pertahanan semasa, termasuk persaingan kuasa besar, aktiviti ‘grey zone’, ancaman siber, kecerdasan buatan (AI), ‘cognitive warfare’ dan gangguan rantaian bekalan.

“Dalam persekitaran yang semakin kompleks, ASEAN perlu terus memperkukuh ‘collective regional resilience’ melalui kerjasama yang lebih erat.

“MoU Kerjasama Pertahanan 2023 akan terus menjadi ‘roadmap’ dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia-Vietnam ke tahap yang lebih strategik.

“Kami turut membincangkan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang maritim, pembangunan keupayaan, teknologi dan industri pertahanan selaras dengan komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO