Anil Sandhu Hargai Kesungguhan Pengundi Keluar Awal
LAHAD DATU, 29 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu telah menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu tiba pada jam 8.00 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada jam 8.15 pagi.
Anil Sandhu kemudian sempat beramah mesra dengan para pengundi yang hadir di pusat mengundi yang dibuka seawal 7.30 pagi tadi, sambil bertanyakan perkembangan mereka serta mengucapkan terima kasih atas kesungguhan hadir menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
Suasana kelihatan harmoni dan teratur dengan kehadiran pengundi pelbagai peringkat usia malah tidak melepaskan peluang untuk menyapa beliau.
Beliau berbesar hati melihat semangat pengundi yang keluar awal dan berharap momentum tersebut berterusan sehingga tamat waktu pengundian.
Setiap undi amat penting dalam menentukan hala tuju kawasan itu, sambil menyeru semua pengundi agar datang menunaikan tanggungjawab sebelum pusat mengundi ditutup.

Seramai 1,742,934 orang pengundi bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi DUN Sabah.
28,533 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian dan sebanyak 882 Pusat Mengundi dan 3,559 Saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian.
Semakan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)) mendapati hujan dijangka melanda beberapa tempat di Sabah pada manakala ribut petir diramal di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada sebelah petang.
Hujan juga dijangka melanda beberapa tempat pada sebelah malam. – UMNO Online

