Menilai Calon Lebih Dari Sekadar Imej
1. Ramai mahu jadi calon, masing-masing ada sebab. Ada yang benar-benar ingin berkhidmat, ada juga yang mengejar kedudukan. Rakyat berhak menilai.
2. Rakyat kini lebih bijak. Mereka menilai bukan pada ucapan atau populariti, tetapi pada kerja dan hasil.

3. Ada yang petah bercakap tapi hasilnya tiada. Ada yang senyap tapi rajin membantu rakyat, NGO dan anak muda.
4. Hati-hati dengan calon yang hanya pandai menonjolkan diri. Sering kelihatan di majlis atau di khalayak belum tentu bermakna mereka benar-benar komited. Pemimpin sejati mendengar, memberi maklum balas dan terus berhubung dengan rakyat — bukan menyerahkan urusan kepada staf atau wakil semata-mata.
5. Rakyat mahu pemimpin yang berkorban masa dan tenaga, membantu masyarakat dan anak muda, bukan sekadar meminta sokongan.
6. Akhirnya, rakyat menilai calon dan parti bersama. Pilih yang ikhlas berkhidmat, bukan yang sekadar berlakon mesra.
Datuk Seri Salleh Said Keruak
