Henti Hina Agama Islam, Cabar Bangsa Melayu


ARTIKEL yang dipena oleh Zin Mahmud bertajuk “Kemeriahan Suara Zaman Kerajaan PH” menyebut bahawa semenjak menerajui pemerintahan negara, Pakatan Harapan menyebut tiga realiti yang wajar dititik berat.

Antara tiga realiti yang disebut oleh beliau adalah:
1. Walau menghadapi pelbagai cabaran, negara masih aman dan selamat.
2. Undang-undang terus berkuatkuasa dan perlaksanaannya ditingkatkan.
3. Rakyat masih boleh meneruskan kehidupan dan mengamalkan anutan masing-masing.

Seraya ingin ditegaskan di sini, adakah penulis ini bercerita tentang realiti atau fantasi semata-semata?

Seakan masih lagi di dalam alam khayalan, penulis akhbar pro-Pakatan Harapan dengan tanpa rasa bersalah mengambil sikap endah tidak endah kepada ‘ticking time bomb’ yang semakin hari semakin dekat kepada tempo letupan.

“The absence of war does not mean peace.”

Pembunuhan Adib. Ratifikasi ICERD. Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Media Sosial.

Adakah ini petanda-petanda yang dengan mudahnya dipandang enteng oleh penulis FMT ini?

Ya, Malaysia masih aman. Tetapi adakah ia bermakna jika penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan kepada bangsa majoriti terbesar di Malaysia akan terus dipandang sepi dalam cubaan untuk “kejutkan harimau yang sedang tidur”?

Apakah realiti penulis bahawa undang-undang terus berkuatkuasa, buta akan apa yang berlaku di media sosial?

Hinaan demi hinaan terhadap bangsa Melayu, agama Islam, Sultan Melayu dan pelbagai aspek kehidupan Melayu tidak melayakkan penulis untuk berkata bahawa undang-undang berkuatkuasa dan perlaksanaan ditingkatkan.

Adakah perlaksanaan Kanun Keseksaan Seksyen 298 dan 298A dihormati? Akta Hasutan ditakuti dan diikuti rakyat? Bagaimana pula dengan Akta Multimedia?

Bertanyalah dengan rakyat, masih adakah yang menghormati pihak berkuasa dan perlaksanaan undang-undang ‘Rule of Might’ Pakatan Harapan.

Namun begitu, bukan semua anggota PDRM itu wajar dipersalahkan di atas kegagalan rakyat untuk menghormati undang-undang, tetapi apa yang paling tidak wajar adalah kegagalan IGP Mohamad Fuzi Harun untuk menjadi pihak ‘check-and-balance’ kepada AGC yang lebih suka membebaskan pesalah dari mendakwa.

Retorik kemarahan rakyat bukan boleh dibuat main. Teliti suara-suara kecil dan ‘silent majority’ kerana kuasa bukan ditangan Ketua Polis, AGC, Ketua Bahagian, Perdana Menteri waima ahli Kabinet sekalipun, kerana tanpa yang dibawah ini, anda diatas tiada makna.

Wake up and smell the coffee. Jangan syok sendiri bila berbicara perihal Dictatorship Pakatan Harapan.

Nota kaki: Bangkitlah umat Islam. Rapatkan saf. Lantangkan suara. Bersama kita pastikan bahawa agama dan junjungan besar kita Nabi SAW tidak dipersendakan atau dihina oleh mereka yang kurang ajar lagi biadap seperti Wai Foo Sing dan A. Taneson.

Ayuh Jumaat ini berhimpun mengecam ancaman demi ancaman terhadap kedaulatan Islam.

Surah As-Saff ayat 14, menyebut maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.