Gerai Warnai Kemeriahan PAU… Bantu Usahawan Perkenal Produk, Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Gerai jualan yang mewarnai kemeriahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 sememangnya dapat membantu usahawan lokal memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka secara terus kepada para perwakilan.

Tinjauan UMNO Online mendapati bahawa ruang legar yang menempatkan lebih seratus gerai sentiasa dikunjungi oleh para perwakilan tidak mengira masa.

Peniaga urutan GenQi, Marleena Asror, 42, berkata, dengan adanya gerai jualan sepanjang PAU berlangsung, beliau boleh menarik lebih ramai pelanggan baharu.

“Dengan adanya gerai jualan kita boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk memperkenalkan lagi perkhidmatan kita. Macam perniagaan saya ini kita tawarkan terapi peranti meridien iaitu GenQi.

“Terapi meridien ini mempunyai lapan modul iaitu guasha, akupuntur, fisio, urut, bekam, refleksologi, hot thermal dan juga slimming. Kalau macam kita ada gout, sakit lutut, migraine dan sebagainya, kita boleh menggunakan satu mesin ini untuk merangkumi semua rawatan kepada penyakit kita.

“Kalau siapa yang berminat nak mendapatkan urutan meridien lapan dalam satu boleh hubungi saya di talian 017-394628. Kita juga ada menyediakan rawatan rumah ke rumah. Kepada sesiapa yang nak mendapatkan rawatan boleh hubungi saya, kita boleh berikan rawatan dan servis terbaik,” katanya kepada UMNO Online.

Sementara itu, pegawai pemasaran Saudagar Aiman, Siti Suraya, 21, berkata, produk dan syarikat dapat diperkenalkan secara terus kepada pelanggan melalui gerai jualan disediakan oleh UMNO.

“Di booth Saudagar Aiman kami menjual minyak wangi Dubai daripada Arab. Kita juga ada jual bukhoor, penyegar udara dan semua barang jenama daripada Arab yang terkenal. Kita juga ada menjual produk baharu iaitu pes kering dan basah berkonsepkan ‘ready to cook’ untuk memudahkan lagi pelanggan memasak.

“Setakat ini boleh dikatakan pengunjung ke booth kami pada hari kedua lebih ramai dari hari pertama. Dengan gerai jualan yang disediakan oleh UMNO ini sedikit sebanyak kita boleh memperkenalkan produk jualan dan juga syarikat kita. Ada juga pelanggan tetap dari UMNO yang datang untuk membeli produik jualan kami.

“Untuk promosi kita ada menjual tiga penyegar udara berharga RM55 untuk tiga unit. Kita juga ada buat banyak set kombo untuk minyak wangi 50 mililiter (ml), tiga RM100 sahaja. Bagi produk terbaru iaitu pes kering kita ada buat promosi iaitu beli lima berharga RM42 sahaja. Jemputlah datang ke gerai kami sepanjang PAU ini,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, peniaga Si Manih, Azilina Abdul Rahman, 49, berkata, gerai jualan sepanjang PAU berlangsung ini turut membolehkan para peniaga memasarkan produk kraftangan unik untuk para pelanggan.

“Kami di gerai lot L-6 , Si Manih ada menjual baju-baju unik yang dibawa daripada Kuala Kangsar. Baju unik ini membawa fesyen lain daripada yang lain dan hanya untuk orang yang berani. Selain daripada itu kami juga ada produk kraftangan seperti mangkuk tingkat, beg penan dan batik serta rantai kunci yang diperbuat daripada resin.

“Kita hasilkan semuanya sendiri untuk dipromosikan barangan kraf orang kita. Ada orang yang berbakat untuk menghasilkan kraf ini dan diharapkan dengan adanya PAU ini akan terbuka peluang kepada usahawan kecil macam kami untuk lebih ke hadapan. Semestinya mereka (pengunjung) akan teruja melihat produk tersebut.

“Jadi, saya minta dengan peluang yang ada… kami berada di sini dan jauh datang dari Ipoh dan Kuala Kangsar. Kami bawa barang ke sini supaya mereka boleh mendapatkan barangan yang unik dengan harga berpatutan dan istimewa. Jemputlah datang ke gerai kami… pilih dan lihat sendiri keunikan yang ada,” katanya kepada UMNO Online.

Para perwakilan yang bakal berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sempena PAU 2024 sehingga Sabtu ini diharapkan tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di gerai-gerai jualan yang kebanyakannya adalah hasil daripada anak tempatan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.