Penerangan Puteri UMNO Perlu Kuasai Media Sosial, Pengaruhi Orang Sekeliling – Suraya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Penerangan Pergerakan Puteri UMNO perlu tangkas menguasai media sosial untuk mempengaruhi orang di sekeliling sekaligus membina kepercayaan mereka terhadap UMNO.

Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob berkata, Penerangan Pergerakan Puteri UMNO di setiap peringkat mestilah berkongsi kebanggaan mereka menyertai parti dan menzahirkannya dalam bentuk konten.

“Pada hari ini kita nak melihat Pergerakan Puteri UMNO… kerana dikatakan ahli Pergerakan Puteri ini paling muda dalam semua lapisan UMNO boleh menggunakan media sosial untuk kepentingan parti.

“Kita belum nampak kegunaan media sosial ahli parti lain untuk kita banggakan. You can be your own influencer to your own business. But you have never been yet influencer in politics.

You are young enough to start. Takkan kita semua takut, malu untuk buat konten mengenai politik? Kalau kita bangga, sudah semestinya kita tunjukkan dalam ‘posting-posting’ yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena majlis perjumpaan bersama Ketua-Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO peringkat bahagian di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam.

Menurutnya, selain mencipta konten untuk menarik minat orang awam kepada parti, mempengaruhi orang sekeliling adalah intipati penting untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO.

“Zaman ini yang penting adalah pencipta konten. Siapa yang pandai buat content reflecting UMNO, kitalah yang lebih baik. Influence your husband, spouse, children and people around you.

“Saya ingat lagi masa Datuk Seri Azalina tubuhkan Puteri UMNO, apa yang beliau katakan… apa yang beliau ingin dapatkan dari generasi wanita muda ini adalah mereka yang boleh mempengaruhi orang lain.

“Kalau kita tidak boleh mempengaruh orang di sekeliling kita, macam mana kita nak berpolitik? Sebab dalam politik ini perkara yang paling penting adalah mempengaruhi orang lain,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.