Realitikan #NenggiriKita Untuk Masa Hadapan

PRK Nenggiri telah memulakan kempennya apabila tamat proses penamaan calon pada 2 ogos lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN).

PRK DUN Nenggiri di adakan selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim di ‘buang’ dari parti PPBM dan kerusi itu diisytiharkan kosong oleh speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kali ini BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani manakala PN mempertaruhkan Mohd Rizwadi Ismail yang merupakan ahli Pas yang menyertai PPBM untuk menjadi calon.

DUN Nenggiri adalah di bawah parlimen Gua Musang yang merupakan kubu kuat BN satu masa dahulu. Pada PRU15 yang lalu, Mohd Azizi hanya menang dengan majoriti 810 undi mengalahkan Ab Aziz Yusoff yang merupakan penyandang ketika itu.

Calon BN, Mohd Azmawi Fikri atau lebih dikenali sebagai Awie bukan nama baharu di DUN Nenggiri. Beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang selama dua penggal dan merupakan anak jati Gua Musang.

Kelibat Awie sering dilihat bersama turun padang dengan Ab Aziz sebagai ADUN menyantuni rakyat terutama sekali ketika musim banjir yang sering melanda Gua Musang.

Saya masih ingat lagi pada tahun 2021, beliau dan Ab Aziz disahkan dijangkiti COVID-19 kerana tidak henti turun padang menyantuni rakyat DUN Nenggiri, iaitu menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya amat yakin, jika Awie dipilih sebagai ADUN Nenggiri, beliau akan berkhidmat dengan cemerlang kerana beliau merasai denyut nadi rakyat di DUN Nenggiri.

Rakyat DUN Nenggiri sendiri sudah pastinya telah penat dengan permainan politik yang hanya menguntungkan individu dan kelompok tertentu sehingga terjadinya PRK ini dan hanya mahu wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat.

Saya amat yakin yang pengundi-pengundi muda di DUN Nenggiri mahukan ADUN yang memahami cabaran serta keperluan sebagai anak muda di sana.

Dan saya juga pasti pengundi-pengundi DUN Nenggiri di perantauan juga mahukan BN kembali menjadi wakil rakyat mereka selepas melihat bagaimana perbezaan khidmat dari ADUN sebelum ini.

Yang penting, BN tidak berkempen secara kotor dan jijik tetapi menawarkan kembali khidmat bakti yang di rindui oleh rakyat DUN Nenggiri.

Kepada seluruh jentera BN yang sedang bertungkus-lumus di lapangan, teruskan memastikan kemenangan calon kita & kepada ahli UMNO dan BN di seluruh negara, mohon dititipkan doa untuk kejayaan calon kita di sana.
Insya-Allah… #NenggiriKita bakal iring langkah ceria menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO 2024!

Salam Perjuangan!

𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.