Kehadiran Perwakilan Di Luar Jangkaan Bukti UMNO Sepanggar Terus Utuh

SEPANGGAR, 25 Jun – Kehadiran perwakilan daripada cawangan UMNO bahagian Sepanggar pada mesyuarat bahagian Sabtu lalu membuktikan akar umbi parti berkenaan terus bersemangat menabur khidmat bakti kepada parti dan masyarakat.

Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yaakub Khan berkata kehadiran di luar jangka itu amat membanggakan dan itulah bukti UMNO Sepanggar terus utuh dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan.

“Alhamdulillah… kehadiran di luar jangkaan… 111 cawangan bersidang daripada 120 cawangan dan syukur UMNO Sepanggar terus kuat. Jangan hina dan caci UMNO.

“UMNO mempunyai kekuatan akar umbi dan kerjasama semua amat penting tanpa fikirkan penat-lelah untuk kita sama-sama bergerak,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau seterusnya menambah 20 tahun UMNO Sepanggar pelbagai pahit manis dilalui bersama ahli parti pelbagai peringkat termasuklah peristiwa pada 2018 yang menyaksikan UMNO Sabah lumpuh.

“Sepanjang 20 tahun bersama UMNO Sepanggar… daripada era kegemilangan UMNO  hingga UMNO hampir terkubur di Sabah ini, Alhamdulillah saya tidak berseorangan di Sepanggar sebaliknya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

“Alhamdulillah, muka-muka baharu ini menunjukkan perjuangan kita terus maju ke depan… kita tidak nafikan ramai juga yang meninggalkan UMNO, namun percayalah  pemimpin datang dan pergi.

“2018 hanya tinggal tiga ketua bahagian, betapa peritnya perjuangan kita di Sabah hinggalah UMNO bangkit semula hari ini. Insya-Allah kita sama-sama mendayung perjuangan yang mulia ini untuk rakyat Sabah,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.