Fan Bingbing Berjaya Meletakkan Melaka Di Peta Pelancongan Dunia – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 20 Jun  – Pelantikan selebriti dan ikon antarabangsa China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Ambassador Tourism) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya meletakkan Melaka dalam peta pelancongan dunia.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan ini terbukti apabila lebih 1 bilion carian nama “Fan Bingbing” dan “Melaka” direkodkan dalam WeChat China pada 14 Jun 2024 dan 15 Jun 2024.

“Tempias daripada populariti Fan Bingbing yang mempunyai sejumlah lebih 65 juta pengikut di pelbagai platform media sosial secara tidak langsung membantu mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kata beliau lagi dalam tempoh singkat sahaja kehadiran Fan Bingbing ke Melaka, Duta Setiakawan Pelancongan Melaka ini berjaya mempromosikan tempat-tempat pelancongan terkenal di negeri berkenaan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.