UiTM: ‘Jangan Jadi Si Kitol Yang Jual Bangsa Demi Kepentingan Diri’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 24 Mei – “Semua orang yang baca tentang artikel tersebut boleh faham apa yang dinyatakan oleh Andrew Sia bersifat jahat seolah-olah ingin menidakkan sejarah penubuhan UiTM itu sendiri apabila menuduh ia adalah universiti apartheid academy.

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh sambil membidas Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi kerana seakan menjadi ‘Si Kitol’ yang menjual bangsa demi kepentingan diri

Akmal dalam pada itu sama menyifatkan Mohd Tajuddin seakan tidak memahami sejarah penubuhan UiTM.

“Jangan kita menjadi si kitol yang menjual bangsa demi kepentingan diri.

“Ini soal hak bumiputera yang telah termaktub di dalam perlembagaan, kami tidak ambil sedikit pon hak kaum lain, kami hanya mempertahankan hak kami.

“Kalau kamu sendiri pon tidak boleh faham sejarah penubuhan UiTM, maaf kami tidak perlukan kamu dalam hal ni prof. Teruskan menjilat,” katanya.

Terdahulu perkara sama turut mendapat perhatian daripada Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) yang terdiri terdiri daripada 20 naib canselor dan rektor UA, yang menyifatkan penulis artikel yang disiarkan MalaysiaKini iaitu Our Apartheid Academy, UiTM sebagai jahil.

Pengerusi JKNCR, Prof Datuk Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, penulis berkenaan menampakkan kejahilan terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan tentang kedudukan serta hak bumiputera di Malaysia. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit