‘Langkah Dubai’: ‘Tabayyun’ Cubaan Kaitkan Pimpinan UMNO – Gulam Muzaffar

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muzaffar Gulam Mustakim melihat akan timbul pelbagai cerita mengenai ‘Langkah Dubai’ dalam usaha pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan di dalam parti.

Justeru beliau berpandangan pelbagai nama pemimpin yang dipetik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab adalah sekadar untuk menimbulkan perpecahan di dalam UMNO itu sendiri.

“Sebelum ini tular di media sosial pelbagai nama termasuklah Tengku Zafrul sebagai dalang PN dan Tun Mahathir.

“Saya amat percaya artikel sebegini hanya ingin melaga-lagakan pemimpin UMNO yang sebelum ini nama pimpinan lain seperti Datuk Seri Mohamad Hasan dan sebagainya. Pemimpin ini yang turut menjadi mangsa serta dijadikan kambing hitam untuk merosakkan keharmonian serta perpaduan dikalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang lain,” katanya.

Katanya lagi beliau mengambil sikap ‘Tabayyun’ dengan menghubungi nama-nama yang dipetik di media sosial dan mendapatkan situasi yang sebenar.

“Marilah kita berganding bahu dan  berhati-hati dengan pelbagai berita serta dakwaan sedemikian… sama-sama kita mencari kebenaran serta kesahihan sebelum membantu menolak berita palsu serta fitnah yang sebegini.

“Penat kita asyik melayan berita-berita sebegini. Tok Mat Hassan, Datuk Seri Ismail Sabri, Tengku Zafrul dah kena petik, lepas ni siapa pula. Datuk Seri Khaled Nordin… Datuk Seri Johari Ghani…? Maka berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba kucar-kacirkan parti,” tambahnya lagi. –UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.