Jangan Mudah Termakan Dakyah Songsang Perubahan Kabinet Kalangan Pimpinan UMNO – Gulam Muszaffar
KUALA LUMPUR, 13 Dis – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berharap agar ahli parti pelbagai peringkat tidak mudah termakan dengan pelbagai dakwaan songsang ekoran pengumuman kabinet baharu semalam.
Bagi beliau pelbagai kenyataan yang keluar daripada pihak lawan dan sebagainya lagi sudah tentu hanya berkisar kepada nawaitu untuk melaga-lagakan antara satu sama lain khususnya pertukaran kementerian di kalangan pimpinan UMNO.
“Ini termasuklah kenyataan Wan Saiful dari Bersatu yang mengatakan UMNO melalui Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang melemahkan kedudukan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertukar portfolio kementerian dari Pertahanan ke Luar Negara adalah satu yang mengarut dan cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini.
“Teguran kepada Wan Saiful… janganlah sibuk jaga tepi kain UMNO, baik fokus kepada kes mahkamah yang sedang beliau hadapi. Saya nak bagi tahu UMNO sekarang aman dan harmoni. Gandingan Presiden serta Timbalan Presiden saling lengkap melengkapi,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Beliau seterusnya berpandangan portfolio kementerian yang diberikan adalah mandat serta ‘prerogative’ Perdana Menteri dan bukan ukuran kuat atau lemah dalam kedudukan atau hirarki politik dalam organsisi parti.
“Pandangan peribadi saya, mungkin Perdana Menteri dan presiden parti melihat Datuk Seri Mohamad Hasan ada kelebihan dari segi kelayakan berkaitan isu-isu polisi antarabangsa. Pengalaman luas beliau sebagai seorang ahli korporat yang pernah terlibat dengan syarikat antarabangsa adalah ‘niche market’ untuk Malaysia dimata dunia. ‘Tok Mat’ ada ‘forte’, ‘skill’ serta kepakaran itu.
“Kepada ahli-ahli UMNO jangan mudah termakan atau ‘membeli’ apa yg dijual oleh pelbagai pihak khususnya pihak lawan yang terang-terangan ingin merosakkan keharmonian serta kesatuan UMNO dengan kenyataan bersifat nakal.
“Akhir kata, buat Tok Mat ‘don’t give a dam’… fokus sahaja kerja. Prestasi baik di MinDef telah menjadi legasi baik buat warganya seperti pembinaan rumah SASAR yang mampu milik buat anggota tentera, kewujudan semula PLKN 2.0, penyelarasan pencen veteran ATM diberi perhatian serius dan banyak lagi membuktikan Tok Mat pemimpin yang tidak banyak cakap tapi sentiasa bekerja. Saya yakin beliau akan bersinar di Wisma Putra,” ujarnya. – UMNO Online