Tolak Fitnah, UMNO Tidak Berubah Untuk Terus Jaga Kepentingan Rakyat – Sharif Musa

LAHAD DATU, 24 Nov – “Memang UMNO tidak berubah, terus membela kepentingan rakyat,” demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul lantaran menolak fitnah terhadap UMNO yang mendakwa parti tersebut menggunakan kepentingan politik.

Ini berikutan tular gambar kepimpinan UMNO Bahagain-bahagian Sabah dalam satu majlis yang dihadiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merangkap Pengerusi MARA di Sabah baru-baru ini.

Tegas Sharif Musa, pelantikan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi Jawataankuasa Pernasihat Peringkat Pusat Giatmara mengikut Parlimen masing-masing bertujuan memastikan objektif, visi dan misi Giatmara mencapai KPI.

“Pihak lawan memang tidak berpuas hati dengan adanya perlantikan ini, kerana mereka tahu bilamana pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai jawataan dalam Kerajaan, sudah pasti membuat sehabis baik dalam segala kudrat manusiawi yang ada membela rakyat.

“Dalam UMNO dan Barisan Nasional, perlu rakyat menghayati baik-baik bahawa jihad pemimpin-pemimpin UMNO, bukan sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tanpa diiringi usaha yang bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur, dengan penuh terancang serta pelaksanaan penuh bersistematik untuk kepenting agama, bangsa dan negara,” katanya kepada UMNO Online

Tegasnya, setiap pemimpin UMNO yang memegang amanah, sudah pasti akan mengisytiharkan jihad merangkumi sebarang bentuk aspek mengurus kehidupan rakyat dunia dan akhirat.

“Jihad kontemporari yang diperbuat oleh UMNO serta Barisan Nasional adalah, prinsip-prinsip berkaitan kepimpinan, pentadbiran, dan pengurusan, perjuangan serta kebijaksanaan yang berstrategi mengangkat martabat agama, bangsa dan negara.

“Janganlah pihak lawan mencemburui pemimpin-pemimpin UMNO bilamana memegang jawatan, pastinya pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai track record (rekod sejarah) 60 tahun mentadbir negara cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya lagi.

Berikutan itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lahad Datu, Ghazali Said telah membuat laporan polis berkaitan hal terbabit. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit