Penerangan UMNO Anjur Forum Belanjawan 2024 Malam Ini, Perinci Perancangan Kewangan Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Forum Belanjawan 2024 akan diadakan pada malam ini bagi menerangkan dengan lebih terperinci segala perancangan kerajaan selama setahun kepada rakyat.

Program anjuran Penerangan UMNO Malaysia ini akan bermula pada jam 7.30 malam, yang akan dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.

Program ini akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Dialog Belanjawan 2024 akan bermula pada jam 9.00 malam dan bakal disertai oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim.

Forum Belanjawan 2024 ini sudah semestinya akan memberikan penerangan lebih jelas mengenai segala manfaat yang bakal diterima rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu dengan memperuntukkan RM393.8 bilion, iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.

Dilaporkan daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion ringgit adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.