Pasca PRK Pelangai: Kesepaduan BN Berjaya Sekat Gelombang Hijau – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan usaha parti itu berjaya menyekat kemaraan gelombang hijau daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fikhran Hamsi Mohamad Fatmi berkata kesepaduan jentera parti menerangkan pada pengundi-pengundi dan dapat menyekat gelombang hijau dari terus berkudis di Pelangai.

“Pelangai ini merasakan ‘wave hijau’ ini sudah surut dan boleh anggap tidak sampai ke sini dan yang ada hanya gelombang biru dan merah. Selain itu, jentera pilihan raya juga telah berkerja keras, diberikan taklimat dan penerangan mengenai gerak kerja yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kerusi DUN Pelangai kekal milik BN.

“Rakyat sudah mula sedar terutamanya pengundi muda yang mudah terikut-ikut sentimen pembangkang yang sentiasa mengelirukan rakyat.

“Di Pahang ini bermulanya UMNO mendapat kepercayaan rakyat dan harap momentum dapat diteruskan terutamanya PRK Kemaman yang bakal diadakan dalam masa terdekat, “ katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu turut bersyukur kerana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang bijak dan memberi mandat pada Datuk Amizar Abu Adam sebagai wakil rakyat Pelangai.

“Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana Amizar telah dinobatkan sebagai wakil rakyat bagi penduduk-penduduk Pelangai dengan majoriti 2,949 undi dan ini adalah satu ‘turning point’ untuk UMNO naik kembali dan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Untuk rekod BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 2,949 undi, apabila Amizar berjaya memperoleh 7,324 undi, berbanding calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi, manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit