Kembalikan UMNO Sebagai Parti Kukuh, Tidak Perlu ‘Tukar Warna Baju’ Untuk Santuni Rakyat – Rosnah

PAPAR, 12 Sept – “Tidak perlu menukar warna baju untuk terus menyantuni rakyat,” demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus melaksanakan khidmat bakti tanpa bermusim.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Papar berharap agar anggota parti terus istiqamah dalam perjuangan khususnya untuk mengembalikan UMNO sebagai parti yang kukuh dan mantap.

“Sekarang ini ada macam-macam isu politik semasa sama ada di peringkat tempatan atau nasional namun apa yang penting adalah memastikan kita terus istiqamah dalam perjuangan.

“Kekalkan solidariti, tekadkan perpaduan, penuhi harapan. Tidak perlu menukar warna baju untuk terus menyantuni rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu beliau telah mengadakan perjumpaan bersama Jentera Jalinan Rakyat (JR) di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar kawasan ini yang dilaksana sebagai gerak kerja bagi memastikan anggota parti terus tekad bersama-sama dalam perjuangan.

“Pelbagai agenda telah dibincangkan, diperhalusi, diperincikan seterusnya dimuktamatkan merangkumi Pelaksanaan Takwim Wanita serta pembentangan laporan kerja-kerja kemaskini maklumat Ketua-ketua Wanita Cawangan dan JR di PDM masing-masing dalam perjumpaan sebelum ini.

“Sekarang ini saya melaksanakan gerak kerja untuk terus bersama-sama Jentera JR agar masyarakat tetap memberikan sokongan dan bersama-sama UMNO,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa sokongan rakyat akan kembali kepada UMNO dengan tempoh masa yang ada sekarang ini adalah ruang terbaik untuk terus bekerja. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit