Kota Iskandar Istimewa Dengan Kepelbagaian Masyarakat, Pandak Sedia Berkhidmat

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar Pandak Ahmad berkata kawasan tersebut amat istimewa baginya.

“Inilah keistimewaan tempat saya. N49 Kota Iskandar, kita ada kawasan bandar, ada kawasan separa bandar dan ada kampung.

“Walaupun kepesatan pembangunan saya tidak pernah melupakan masyarakat orang asli di sini. Saya orang kampung membesar di kampung.

“Saya faham masalah mereka, dan dengan izinNya juga saya berkhidmat kepada mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pada Ahad, dalam siri kempennya Pandak berkunjung masyarakat orang asli di Kampung Simpang Arang di sini.

Tambah Pandak lagi, demi masa depan yang lebih stabil BN perlu diberi peluang untuk terus berjuang mewakili generasi sekarang dan masa hadapan.

Pandak juga meluangkan masa bersama komuniti MIC di Taman Nesa, Skudai mendengar pembentangan mereka berkenaan teknik mengendalikan ‘drone’.

Manakala pada sebelah malam pula, wakil calon beliau bersama Jentera BN bertemu anak muda di Kampung Desa Paya Mengkuang, di sini.

“Alhamdulilah kami mendapat maklumbalas yang positif dari orang ramai.

“Saya sentiasa berdoa agar semua jentera kita diberi perlindunganNya dan dilimpahi rahmat seluasNya. Mudahan menjadi asbab kebaikan buat seluruh warga Kota Iskandar dan Negeri Johor,” katanya.

Pandak yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri itu pernah menjadi ketua kampung paling muda apabila dilantik ketika berumur 26 tahun.

Manakala penglibatan di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pandak kini menjadi Presiden Bola Baling Malaysia, Penasihat Kehormat Akademi Kepimpinan Muda dan penasihat di beberapa buah masjid sekitar Kota Iskandar. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.